Peti Sejuk Toshiba Di KL & Selangor

Syarikat kami merupakan pasukan pakar dalam perkhidmatan baiki dan servis peti sejuk rumah Toshiba di Kuala Lumpur dan Selangor. Terdiri daripada pakar perunding dan juruteknik yang bertauliah, pasukan kami mempunyai pengalaman yang luas dan bersedia membaiki serta menyelenggara pelbagai model peti sejuk Toshiba anda. Perkhidmatan baiki dan servis peti sejuk kami yang pantas, jujur dan berharga berpatutan telah menjadikan kami pilihan utama dalam kalangan penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Jika anda terdapat masalah dengan peti sejuk di rumah atau ingin bertanyakan tentang pakej servis peti sejuk kami, sila hubungi khidmat pelanggan kami sekarang melalui telefon atau mengisi borang di bawah. 

Baiki

Anda boleh memeriksa bahagian belakang peti sejuk anda jika bermasalah. Jika bahagian ini terlalu kering, kerosakan peti sejuk berkemungkinan berpunca daripada halangan ais yang menyumbatkan saluran udara.  Selain itu, peti sejuk rumah biasanya mudah mengalami kerosakan fius haba dan sensor, jadi pengguna harus memeriksa fungsi “test heater” sama ada ia menyala atau tidak. Kerosakkan bahagian pemampat (kompressor) di mana ia tidak dapat mengepam gas pendingin ke seluruh sistem boleh menyebabkan peti sejuk anda tidak sejuk. 

Servis

Setiap peti sejuk perlu diselenggara secara terjadual dengan menggunakan khidmat pakar. Kerja-kerja penyelenggaraan peti sejuk perlu dilakukan sekiranya pengguna mendapati penggunaan elektrik rumah tiba-tiba menjadi tinggi. Ini berkemungkinan terjadi kerana gegelung (coil) berhabuk dan menyebabkan kompressor berfungsi dengan lebih kuat. Selain itu, beberapa komponen lain yang harus dijaga dan dicuci adalah seperti “drip pan”. Ia harus dicuci sebaiknya dua kali setahun untuk mengelakkan pembiakan bakteria dan mengeluarkan bau busuk. Getah pintu peti sejuk juga harus dicuci kerana serpihan makanan yang melekat pada getah pintu akan menyebabkan pintu peti sejuk tidak dapat ditutup dengan rapat.

Baiki & Servis Peti Sejuk Toshiba

Bagi perkhidmatan baiki peti sejuk, juruteknik kami yang berpengalaman akan memeriksa peti sejuk anda dengan teliti untuk mencari punca masalah kerosakan. Ketidakfungsian peti sejuk rumah biasanya disebabkan oleh kerosakan pemampat, kipas atau thermostat yang gagal mengawal suhu atau membekalkan suhu dingin. Sebaik sahaja jenis kerosakan dikesan, juruteknik kami akan memberitahu pelanggan tentang plan penyelesaian berserta sebut harga jadi pelanggan dapat membuat pilihan bermaklumat. Kos terbaik bagi alat ganti yang perlu ditukar juga akan dikemukakan. Jika bersetuju, juruteknik kami yang sentiasa dilengkapi peralatan baiki peti sejuk akan menyiapkan kerja baiki dengan efisien. Selain itu, juruteknik kami sentiasa menjaga kebersihan persekitaran serta privasi anda dan keluarga semasa menjalankan pembaikian. Di samping itu, anda boleh yakin bahawa juruteknik kami yang terlatih dapat membaiki pelbagai masalah peti sejuk bagi pelbagai model jenama Toshiba jika masalah dikesan awal. Tambahan pula, perkhidmatan baiki peti sejuk kami turut diberi jaminan waranti dan tempohnya adalah berdasarkan jenis pembaikian.  

Bagi menjamin peti sejuk di rumah anda sentiasa berfungsi dengan cekap, kami turut menawarkan servis bagi peti sejuk Toshiba di rumah anda. Kerja servis amat penting bagi peralatan elektrik ini yang berfungsi sepanjang masa. Antara kerja penyelenggaraan yang akan dijalankan oleh juruteknik kami ialah pemeriksaan setiap bahagian peti sejuk anda dengan teliti untuk mengesan sebarang masalah. Selepas itu, bahagian dalaman peti sejuk seperti pemampat, saluran paip, penyejat, kipas dan lain-lain akan dibersihkan secara keseluruhan bagi membuangkan debu dan mengelakkan pembiakan kuman atau patogen. Selain berfungsi dengan efisien, pembersihan bahagian dalaman peti sejuk rumah dapat menjamin kesegaran dan kebersihan persekitaran dalam peti sejuk tersebut malah bahan makanan boleh disimpan dengan selamat. Di samping itu, juruteknik juga akan memeriksa paras bahan penyejuk dan mengisikannya jika berkurangan. Thermostat turut diperiksa bagi memastikannya berfungsi tepat. Saluran paip juga akan diperiksa bagi sebarang kebocoran. Servis peti sejuk harus dijalankan secara terjadual iaitu sekali setiap enam bulan. 

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Peti Sejuk

FAQ

Mengapakah peti sejuk beku saya tidak membeku?

Peti sejuk beku yang tidak lagi membeku mungkin disebabkan oleh kekotoran pemampat yang mengurangkan kapasiti untuk menyejuk atau penyejat terosak.

Adakah kos pembaikian merangkumi harga alat ganti?

Kos pembaikian kami biasanya merangkumi harga alat ganti yang diperlukan. Senarai kos akan ditunjukkan kepada pelanggan sebelum kerja pembaikian dimulakan.

Adakah kos pembaikian peti sejuk beku mahal? Adakah servis ini diberikan waranti?

Kos pembaikian peti sejuk beku bergantung pada jenis kerosakan. Juruteknik kami akan memeriksa masalah peti sejuk anda lalu mengemukakan kos pembaikian tanpa kos tersembunyi. Servis pembaikian kami meliputi waranti selama sebulan daripada hari pembaikian.

Testimoni

Peti sejuk rumah saya rosak dan pekerja datang dalam masa 1 jam untuk baiki. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali !

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis peti sejuk rumah. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap !

Mohd Annuar

Peti sejuk rumah sudah berusia lebih 10 tahun. Nasib baik, masih boleh dibaiki. 

Yee Leng

Hubungi Kami