Peti Sejuk Samsung Di KL & Selangor

Syarikat kami merupakan pembekal perkhidmatan baiki dan servis peti sejuk rumah Samsung yang terkenal di Kuala Lumpur dan Selangor. Juruteknik kami mempunyai kemahiran mendalam dan pengalaman yang kaya dalam mengendalikan pelbagai masalah bagi peti sejuk rumah Samsung. Selain itu, perkhidmatan kami sedia adalah pada harga yang berpatutan berdasarkan jenis masalah peti sejuk rumah anda. Anda boleh yakin bahawa juruteknik kami mahir dalam menyelaraskan baiki dan servis bagi pelbagai jenis model dan kapasiti peti sejuk rumah Samsung.

Jika peti sejuk anda mengalami ketidakfungsian atau ingin menjaga peti sejuk anda, sila hubungi pasukan kami sekarang untuk khidmat nasihat profesional melalui telefon atau emel. 

Baiki

Anda boleh memeriksa bahagian belakang peti sejuk anda jika bermasalah. Jika bahagian ini terlalu kering, kerosakan peti sejuk berkemungkinan berpunca daripada halangan ais yang menyumbatkan saluran udara.  Selain itu, peti sejuk rumah biasanya mudah mengalami kerosakan fius haba dan sensor, jadi pengguna harus memeriksa fungsi “test heater” sama ada ia menyala atau tidak. Kerosakkan bahagian pemampat (kompressor) di mana ia tidak dapat mengepam gas pendingin ke seluruh sistem boleh menyebabkan peti sejuk anda tidak sejuk. 

Servis

Setiap peti sejuk perlu diselenggara secara terjadual dengan menggunakan khidmat pakar. Kerja-kerja penyelenggaraan peti sejuk perlu dilakukan sekiranya pengguna mendapati penggunaan elektrik rumah tiba-tiba menjadi tinggi. Ini berkemungkinan terjadi kerana gegelung (coil) berhabuk dan menyebabkan kompressor berfungsi dengan lebih kuat. Selain itu, beberapa komponen lain yang harus dijaga dan dicuci adalah seperti “drip pan”. Ia harus dicuci sebaiknya dua kali setahun untuk mengelakkan pembiakan bakteria dan mengeluarkan bau busuk. Getah pintu peti sejuk juga harus dicuci kerana serpihan makanan yang melekat pada getah pintu akan menyebabkan pintu peti sejuk tidak dapat ditutup dengan rapat.

Baiki & Servis Peti Sejuk Samsung

Juruteknik kami mahir dalam membaiki pelbagai masalah peti sejuk rumah Samsung, sama ada peti ais beku atas, peti sejuk pintu bersebelahan, peti beku bawah dan lain-lain. Pasukan kami akan sampai ke tapak anda setelah dihubungi lalu menjalankan pemeriksaan secara teliti untuk mendapati punca masalah peti sejuk anda. Selepas itu, sebut harga berdasarkan jenis pembaikian dan alat ganti yang diperlukan akan dikemukakan oleh perunding kami. Jika bersetuju, juruteknik kami yang sentiasa dilengkapi peralatan baiki akan memulakan pembaikian peti sejuk rumah anda dengan segera supaya anda dapat menggunakan peti sejuk tersebut lagi dalam masa tersingkat. Di samping itu, kerja pembaikian kami bagi peti sejuk rumah Samsung diberikan jaminan waranti malah tempohnya adalah berdasarkan jenis kerosakan dan pembaikian yang dilakukan. Ramai pelanggan kami berpuas hati dengan perkhidmatan juruteknik kami yang efisien dan mesra. Bukan itu sahaja, syarikat kami turut terpilih oleh pelanggan kerana kos baiki peti sejuk yang kami tawarkan paling berpatutan lagi berbaloi.  

Selain perkhidmatan baiki, kami juga mementingkan dan menyediakan servis peti sejuk rumah Samsung supaya peti sejuk anda sentiasa berfungsi dengan efisien. Penyelenggaraan peti sejuk secara terjadual dapat memastikan kesenangan untuk menyimpan bahan makanan segar malah menjaga keselamatan makanan anda. Juruteknik kami mempunyai kemahiran serta pengalaman yang bertahun-tahun dalam industri peti sejuk. Selain itu, juruteknik kami sentiasa menepati masa dan dapat menyiapkan kerja penyelenggaraan dalam masa yang ditetapkan. Ini kerana kami mementingkan keselesaan serta privasi anda dan keluarga anda maka penggunaan peti sejuk anda tidak tergendala. Antara servis peti sejuk yang lazimnya dijalankan ialah pembersihan bahagian dalaman peti sejuk seperti penapis, kipas, pemampat, penyejat, saluran paip dan lain-lain. Di samping itu, thermostat peti sejuk akan disemak bagi ketepatan bacaan dan bahan penyejuk juga akan diperiksa parasnya. Bukan itu sahaja, ramai pelanggan tetap kami berpuas hati dengan servis peti sejuk kami kerana juruteknik kami jujur malah pakej harga kami berpatutan dan berbaloi.  

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Peti Sejuk

FAQ

Mengapakah peti sejuk beku saya tidak membeku?

Peti sejuk beku yang tidak lagi membeku mungkin disebabkan oleh kekotoran pemampat yang mengurangkan kapasiti untuk menyejuk atau penyejat terosak.

Adakah kos pembaikian merangkumi harga alat ganti?

Kos pembaikian kami biasanya merangkumi harga alat ganti yang diperlukan. Senarai kos akan ditunjukkan kepada pelanggan sebelum kerja pembaikian dimulakan.

Adakah kos pembaikian peti sejuk beku mahal? Adakah servis ini diberikan waranti?

Kos pembaikian peti sejuk beku bergantung pada jenis kerosakan. Juruteknik kami akan memeriksa masalah peti sejuk anda lalu mengemukakan kos pembaikian tanpa kos tersembunyi. Servis pembaikian kami meliputi waranti selama sebulan daripada hari pembaikian.

Testimoni

Peti sejuk rumah saya rosak dan pekerja datang dalam masa 1 jam untuk baiki. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali !

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis peti sejuk rumah. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap !

Mohd Annuar

Peti sejuk rumah sudah berusia lebih 10 tahun. Nasib baik, masih boleh dibaiki. 

Yee Leng

Hubungi Kami