Peti Sejuk Panasonic Di KL & Selangor

Syarikat kami menawarkan perkhidmatan baiki dan servis bagi peti sejuk rumah Panasonic di Kuala Lumpur dan Selangor. Adakah peti sejuk anda tidak berfungsi atau rosak? Jangan risau! Juruteknik kami yang bertauliah bersedia membantu anda dalam mengendalikan masalah yang terjadi pada peti sejuk rumah anda. Dengan pengalaman yang kaya serta kemahiran yang terlatih, juruteknik kami dapat menyelaraskan pelbagai masalah bagi pelbagai model peti sejuk Panasonic. Selain itu, harga bagi perkhidmatan kami yang berpatutan menjadikan kami pilihan utama pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Jika anda memerlukan nasihat serta perkhidmatan baiki atau servis peti sejuk, sila menelefon atau menghantar emel kepada kami sekarang.

Baiki

Anda boleh memeriksa bahagian belakang peti sejuk anda jika bermasalah. Jika bahagian ini terlalu kering, kerosakan peti sejuk berkemungkinan berpunca daripada halangan ais yang menyumbatkan saluran udara.  Selain itu, peti sejuk rumah biasanya mudah mengalami kerosakan fius haba dan sensor, jadi pengguna harus memeriksa fungsi “test heater” sama ada ia menyala atau tidak. Kerosakkan bahagian pemampat (kompressor) di mana ia tidak dapat mengepam gas pendingin ke seluruh sistem boleh menyebabkan peti sejuk anda tidak sejuk. 

Servis

Setiap peti sejuk perlu diselenggara secara terjadual dengan menggunakan khidmat pakar. Kerja-kerja penyelenggaraan peti sejuk perlu dilakukan sekiranya pengguna mendapati penggunaan elektrik rumah tiba-tiba menjadi tinggi. Ini berkemungkinan terjadi kerana gegelung (coil) berhabuk dan menyebabkan kompressor berfungsi dengan lebih kuat. Selain itu, beberapa komponen lain yang harus dijaga dan dicuci adalah seperti “drip pan”. Ia harus dicuci sebaiknya dua kali setahun untuk mengelakkan pembiakan bakteria dan mengeluarkan bau busuk. Getah pintu peti sejuk juga harus dicuci kerana serpihan makanan yang melekat pada getah pintu akan menyebabkan pintu peti sejuk tidak dapat ditutup dengan rapat.

Baiki & Servis Peti Sejuk Panasonic

Pasukan kami bersedia berkhidmat maka anda tidak perlu menunggu lama setelah menghubungi kami bagi perkhidmatan baiki peti sejuk rumah Panasonic anda. Dengan mengunjungi tapak anda, juruteknik kami yang berdedikasi akan memeriksa masalah yang terjadi pada peti sejuk anda dengan teliti. Selain itu, juruteknik kami yang mesra lagi jujur akan menjelaskan sebarang pertanyaan daripada pelanggan tentang peti sejuk. Setelah punca masalah atau ketidakfungsian peti sejuk anda tercari, pakar perunding kami akan megemukakan sebut harga berdasarkan jenis pembaikian yang diperlukan. Selepas pelanggan bersetuju dengan sebut harga, juruteknik kami akan menjalankan kerja pembaikian secara efisien. Anda juga boleh yakin bahawa harga bagi perkhidmatan kami adalah yang paling berpatutan dan berbaloi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Juruteknik kami sentiasa menjaga kebersihan, keselesaan dan privasi rumah anda dan keluarga anda. Mereka juga dapat menyiapkan kerja pembaikian dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja, kami turut menawarkan jaminan waranti bagi perkhidmatan baiki peti sejuk rumah Panasonic. 

Bagi memastikan peti sejuk rumah anda sentiasa berfungsi dengan cekap, syarikat kami telahpun menyediakan servis peti sejuk bagi kegunaan rumah jenama Panasonic. Juruteknik kami selalu menghadiri kursus latihan bagi meningkatkan kemahiran dalam menyelenggarakan peti sejuk model terbaharu. Dengan ini, juruteknik kami bertauliah dan bersedia dalam menyediakan servis bagi peti sejuk Panasonic yang pelbagai model. Kami menyarankan agar servis peti sejuk rumah anda dijalankan setiap enam bulan sekali atau berdasarkan kapasiti kegunaan bagi memastikan kefungsian peti sejuk yang baik malah menjaga keselamatan penggunaan elektrik serta makanan. Dengan ini, syarikat kami turut menyediakan pakej harga bagi servis peti sejuk yang berpatutan dan berbaloi bagi para pengguna. Servis peti sejuk lazimnya meliputi pembersihan komponen peti sejuk seperti kipas, paip saluran, penyejat dan lain-lain. Selain itu, juruteknik kami juga akan memeriksa ketepatan thermostat, kuantiti bahan penyejuk dan gegelung tembaga peti sejuk bagi menjamin fungsi masing-masing dalam membekalkan suhu dingin. Pasukan kami bersedia menyelenggara peti sejuk anda.      

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Peti Sejuk

FAQ

Mengapakah peti sejuk beku saya tidak membeku?

Peti sejuk beku yang tidak lagi membeku mungkin disebabkan oleh kekotoran pemampat yang mengurangkan kapasiti untuk menyejuk atau penyejat terosak.

Adakah kos pembaikian merangkumi harga alat ganti?

Kos pembaikian kami biasanya merangkumi harga alat ganti yang diperlukan. Senarai kos akan ditunjukkan kepada pelanggan sebelum kerja pembaikian dimulakan.

Adakah kos pembaikian peti sejuk beku mahal? Adakah servis ini diberikan waranti?

Kos pembaikian peti sejuk beku bergantung pada jenis kerosakan. Juruteknik kami akan memeriksa masalah peti sejuk anda lalu mengemukakan kos pembaikian tanpa kos tersembunyi. Servis pembaikian kami meliputi waranti selama sebulan daripada hari pembaikian.

Testimoni

Peti sejuk rumah saya rosak dan pekerja datang dalam masa 1 jam untuk baiki. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali !

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis peti sejuk rumah. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap !

Mohd Annuar

Peti sejuk rumah sudah berusia lebih 10 tahun. Nasib baik, masih boleh dibaiki. 

Yee Leng

Hubungi Kami