Peti Ais Chiller Di KL & Selangor

Kami menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan bagi peti ais chiller di Kuala Lumpur dan Selangor. Peti ais chiller ialah peti air yang direka untuk menyimpan dan menyejukkan makanan atau minuman tetapi tidak membekukannya. Peti ais chiller biasanya direka dengan satu atau dua pintu. Ia turut digunakan untuk tujuan komersial seperti di kedai makan, hotel, kafe, kelab, petrol stesen dan pasaraya yang biasanya menjual makanan dan minuman segera seperti air tin atau botol, ais-krim, kek dan sebagainya. Makanan dan minuman tersebut memerlukan kesejukan bagi mengekalkan kesegaran.

Pembaikian dan penyelenggaraan peti ais chiller memerlukan juruteknik terlatih. Anda boleh menghubungi syarikat kami menerusi telefon, mesej atau emel bagi mendapat sebut harga penyelenggaraan peti ais chiller yang paling murah di bandar.

    Perkhidmatan ini disediakan oleh NHN Aircond Services (M) Sdn Bhd. YNT Global Projects and Services tidak bertanggungjawab ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh kami. Kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam. Terima kasih kerana menghubungi kami.

Baiki & Servis Peti Ais Chiller

Terdapat pelbagai jenis model serta kegunaan peti ais jenis chiller dan biasanya digunakan dalam industri komersial. Oleh itu, pembaikian bagi peti ais jenis chiller mendapat banyak permintaan daripada pengguna komersial. Antara masalah yang biasa dialami oleh pemilik peti ais jenis chiller ialah ketidaksejukan pada chiller jenis 2 pintu yang biasa digunakan di pasar raya atau restoran. Keadaan ini memerlukan penukaran compressor, penambahan gas dan pembersihan kondenser. Selain itu, chiller juga mempunyai masalah seperti tidak dapat dihidupkan, tiada bunyi atau lampu tidak menyala. Masalah ini mungkin berpunca daripada kerosakan thermostat atau pemampat maka pembaikian perlu dilakukan oleh pakar. Masalah ini biasa berlaku pada chiller yang digunakan di hotel, kafe mahupun kelab.

Sama seperti peti sejuk yang lain, peti sejuk chiller juga perlu diselenggara untuk mengelakkan kerosakan yang serius. Oleh itu, servis penyelenggaran haruslah dilakukan setiap 3 bulan atau 6 bulan sekali mengikut tahap penggunaan chiller tersebut. Antara servis yang perlu dilakukan ialah penambahan gas penyejuk bagi mengekalkan kesejukan chiller dan ini dapat memelihara kualiti makanan yang disimpan dalam chiller tersebut terutamanya chiller yang biasa digunakan di pasar raya atau kedai runcit yang menyimpan makanan sejuk beku. Selain itu, kerja-kerja pembersihan saluran paip dan dulang takungan air perlu dijalankan untuk mengelakkan saluran paip tersumbat dan peti sejuk tidak dapat membekukan dengan betul. Antara servis lain yang perlu ialah penukaran getah yang haus pada pintu peti ais chiller yang boleh mengakibatkan pintu peti ais chiller tidak dapat ditutup dengan rapat dan chiller tidak sejuk lalu menjadikan kerosakan makanan.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Peti Sejuk

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

NHN Aircond Services (M) Sdn Bhd (1460909-V)
253C, Jalan Besar, Kampung Baru Seri Kembangan

43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm

    Perkhidmatan ini disediakan oleh NHN Aircond Services (M) Sdn Bhd. YNT Global Projects and Services tidak bertanggungjawab ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh kami. Kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam. Terima kasih kerana menghubungi kami.