Peti Sejuk Midea Di KL & Selangor

Kami menawarkan perkhidmatan baiki dan servis peti sejuk rumah jenama Midea di Kuala Lumpur dan Selangor. Juruteknik kami yang mahir dapat membaiki dan menyelenggara pelbagai jenis model peti sejuk Midea berdasarkan keperluan pelanggan. Selain itu, juruteknik kami akan memeriksa punca masalah pada peti sejuk di rumah anda dengan teliti dan memberitahu pelanggan jenis penyelnggaraan yang diperlukan. Bukan itu sahaja, ramai pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan juruteknik kami kerana pantas, berkualiti dan jujur. Harga yang ditawarkan oleh syarikat kami juga adalah yang paling berpatutan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Hubungi pasukan kami sekarang untuk mendapatkan sebut harga terbaik atau membuat temu janji. 

    

Baiki

Anda boleh memeriksa bahagian belakang peti sejuk anda jika bermasalah. Jika bahagian ini terlalu kering, kerosakan peti sejuk berkemungkinan berpunca daripada halangan ais yang menyumbatkan saluran udara.  Selain itu, peti sejuk rumah biasanya mudah mengalami kerosakan fius haba dan sensor, jadi pengguna harus memeriksa fungsi “test heater” sama ada ia menyala atau tidak. Kerosakkan bahagian pemampat (kompressor) di mana ia tidak dapat mengepam gas pendingin ke seluruh sistem boleh menyebabkan peti sejuk anda tidak sejuk. 

Servis

Setiap peti sejuk perlu diselenggara secara terjadual dengan menggunakan khidmat pakar. Kerja-kerja penyelenggaraan peti sejuk perlu dilakukan sekiranya pengguna mendapati penggunaan elektrik rumah tiba-tiba menjadi tinggi. Ini berkemungkinan terjadi kerana gegelung (coil) berhabuk dan menyebabkan kompressor berfungsi dengan lebih kuat. Selain itu, beberapa komponen lain yang harus dijaga dan dicuci adalah seperti “drip pan”. Ia harus dicuci sebaiknya dua kali setahun untuk mengelakkan pembiakan bakteria dan mengeluarkan bau busuk. Getah pintu peti sejuk juga harus dicuci kerana serpihan makanan yang melekat pada getah pintu akan menyebabkan pintu peti sejuk tidak dapat ditutup dengan rapat.

Baiki & Servis Peti Sejuk Midea

Dengan pengalaman berpuluh-puluh tahun dalam industri pembaikian peti sejuk, juruteknik kami dapat menyelesaikan pelbagai jenis masalah atau kerosakan yang terjadi pada peti sejuk rumah anda. Bukan itu sahaja, juruteknik kami turut sentiasa dilatih untuk membaiki pelbagai model baharu peti sejuk rumah Midea. Tambahan pula, anda boleh yakin bahawa juruteknik kami akan memeriksa punca masalah kerosakan peti sejuk rumah di tapak anda dengan teliti lalu menerangkan jenis pembaikian yang diperlukan. Pakar perunding kami pula akan menyediakan sebut harga pada kadar yang paling berpatutan termasuk kos penukaran alat ganti jika perlu. Di samping itu, kami dapat membekalkan perkhidmatan baiki peti sejuk di rumah anda di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dalam hari yang sama apabila dihubungi. Ini kerana kami bermisi untuk menjamin anda dapat terus menggunakan peti sejuk tersebut. Juruteknik kami yang berprofessional juga sentiasa datang lengkap dengan peralatan serta alat ganti dan bersedia untuk membaiki kerosakan peti sejuk di rumah anda.

Selain perkhidmatan baiki peti sejuk, syarikat kami juga menyediakan kerja servis peti sejuk keggunaan rumah jenama Midea. Oleh sebab peti sejuk merupakan peralatan rumah yang bekerja 24 jam tanpa berhenti, servis penyelenggaraan peti sejuk harus dilakukan secara terjadual supaya peti sejuk dapat diperiksa bagi sebarang kekurangan malah dapat mengelakkan ketidakfungsian peti sejuk secara langsung. Servis peti sejuk jenama Midea anda harus diselenggara oleh juruteknik kami yang berprofessional dan berpengalaman bagi mengekalkan suhu rendah dan kecekapan fungsi peti sejuk. Antara servis peti sejuk yang dijalankan termasuk pembersihan penapis, pemampat, penyejat dan kipas peti sejuk. Selain itu, juruteknik kami akan memeriksa paras bahan penyejuk dan mengisinya jika berkurangan. Tambahan pula, juruteknik kami sentiasa menepati masa dan dapat menyiapkan kerja penyelenggaraan dengan efisien. Mereka juga mementingkan privasi pelanggan di rumah malah sentiasa menjaga kebersihan semasa dan selepas servis peti sejuk dijalankan. Servis peti sejuk perlu dijalankan secara berskala bagi menjamin kefungsian peti sejuk anda.   

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Peti Sejuk

FAQ

Mengapakah peti sejuk beku saya tidak membeku?

Peti sejuk beku yang tidak lagi membeku mungkin disebabkan oleh kekotoran pemampat yang mengurangkan kapasiti untuk menyejuk atau penyejat terosak.

Adakah kos pembaikian merangkumi harga alat ganti?

Kos pembaikian kami biasanya merangkumi harga alat ganti yang diperlukan. Senarai kos akan ditunjukkan kepada pelanggan sebelum kerja pembaikian dimulakan.

Adakah kos pembaikian peti sejuk beku mahal? Adakah servis ini diberikan waranti?

Kos pembaikian peti sejuk beku bergantung pada jenis kerosakan. Juruteknik kami akan memeriksa masalah peti sejuk anda lalu mengemukakan kos pembaikian tanpa kos tersembunyi. Servis pembaikian kami meliputi waranti selama sebulan daripada hari pembaikian.

Testimoni

Peti sejuk rumah saya rosak dan pekerja datang dalam masa 1 jam untuk baiki. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali !

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis peti sejuk rumah. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap !

Mohd Annuar

Peti sejuk rumah sudah berusia lebih 10 tahun. Nasib baik, masih boleh dibaiki. 

Yee Leng

Hubungi Kami