Peti Sejuk Sharp Di KL & Selangor

Syarikat kami membekalkan perkhidmatan baiki & servis peti sejuk rumah bagi jenama Sharp di Kuala Lumpur dan Selangor. Hanya juruteknik yang berkelayakan dan mahir dalam industri peti sejuk kami upahkan. Kami bermisi untuk memberikan perkhidmatan terbaik dengan harga yang berpatutan bagi para pengguna peti sejuk Sharp. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan baiki dan servis peti sejuk di rumah anda pada hari yang sama selepas dihubungi. Pasukan kami akan sampai ke tapak anda untuk menjalankan pemeriksaan, mengemukakan jenis servis yang diperlukan berserta sebut harga lalu menjalankan kerja dengan efisien.

Sila menelefon atau menghantar emel kepada pasukan kami sekarang bagi menempah perkhidmatan kami. 

Baiki

Anda boleh memeriksa bahagian belakang peti sejuk anda jika bermasalah. Jika bahagian ini terlalu kering, kerosakan peti sejuk berkemungkinan berpunca daripada halangan ais yang menyumbatkan saluran udara.  Selain itu, peti sejuk rumah biasanya mudah mengalami kerosakan fius haba dan sensor, jadi pengguna harus memeriksa fungsi “test heater” sama ada ia menyala atau tidak. Kerosakkan bahagian pemampat (kompressor) di mana ia tidak dapat mengepam gas pendingin ke seluruh sistem boleh menyebabkan peti sejuk anda tidak sejuk. 

Servis

Setiap peti sejuk perlu diselenggara secara terjadual dengan menggunakan khidmat pakar. Kerja-kerja penyelenggaraan peti sejuk perlu dilakukan sekiranya pengguna mendapati penggunaan elektrik rumah tiba-tiba menjadi tinggi. Ini berkemungkinan terjadi kerana gegelung (coil) berhabuk dan menyebabkan kompressor berfungsi dengan lebih kuat. Selain itu, beberapa komponen lain yang harus dijaga dan dicuci adalah seperti “drip pan”. Ia harus dicuci sebaiknya dua kali setahun untuk mengelakkan pembiakan bakteria dan mengeluarkan bau busuk. Getah pintu peti sejuk juga harus dicuci kerana serpihan makanan yang melekat pada getah pintu akan menyebabkan pintu peti sejuk tidak dapat ditutup dengan rapat.

Baiki & Servis Peti Sejuk Sharp

Adakah peti sejuk di rumah anda menghadapi ketidaksejukan atau tidak berfungsi? Kami faham bahawa keadaan ini membawa kesulitan yang tidak menyenangkan dan mungkin menyebabkan pembaziran makanan segar anda. Oleh itu, anda boleh menghubungi pasukan kami bila-bila masa untuk mendapatkan perkhidmatan kami bagi baiki peti sejuk rumah anda. Pekerja kami bekerja pada waktu fleksibel berdasarkan masa yang ditentukan oleh pelanggan. Selain itu, juruteknik kami yang mahir dan berpengalaman dapat menyelesaikan hampir semua jenis masalah bagi pelbagai model peti sejuk rumah Sharp. Selepas pemeriksaan yang teliti, juruteknik kami akan menerangkan jenis kerosakan yang terjadi lalu memaklumkan sebut harga tanpa kos tersembunyi. Perkhidmatan baiki oleh juruteknik kami yang cekap dan jujur malah harga yang berpatutan telah menjadikan syarikat kami sering dihubungi bagi menyelaraskan pelbagai masalah peti sejuk rumah. Bukan itu sahaja, perkhidmatan kami bagi baiki peti sejuk turut diberi jaminan waranti di mana tempohnya adalah berdasarkan jenis kerosakan dan kerja pembaikian yang telah dijalankan. 

Kami bukan sahaja menyediakan perkhidmatan baiki peti sejuk rumah, syartikat kami juga membekalkan servis penyelenggaraan bagi setiap model peti sejuk Sharp. Kami sentiasa menyarankan pengguna peti sejuk untuk mengadakan servis peti sejuk sekali setiap beberapa bulan bagi menjamin kefungsian langsung peti sejuk di rumah anda. Malah, kami menawarkan pakej servis peti sejuk secara terjadual pada harga yang menarik. Dengan pasukan juruteknik kami yang bertauliah dan rekod servis peti sejuk yang terapi, anda tidak perlu risau tentang penyelenggaraan peti sejuk rumah lagi atau diganggu oleh masalah ketidakfungsian peti sejuk. Pasukan kami akan menjalankan servis tepat pada masa yang ditentukan oleh pelanggan dan mengingati pelanggan tentang servis susulan. Semasa kerja servis peti sejuk di rumah anda, juruteknik kami akan sentiasa menjaga kebersihan persekitaran malah mementingkan privasi serta keselesaan anda dan keluarga anda. Jika penukaran alat ganti diperlukan, kami dapat membekalkannya dalam masa yang tersingkat dan pada harga murah tanpa kompromi kualiti.   

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Peti Sejuk

FAQ

Mengapakah peti sejuk beku saya tidak membeku?

Peti sejuk beku yang tidak lagi membeku mungkin disebabkan oleh kekotoran pemampat yang mengurangkan kapasiti untuk menyejuk atau penyejat terosak.

Adakah kos pembaikian merangkumi harga alat ganti?

Kos pembaikian kami biasanya merangkumi harga alat ganti yang diperlukan. Senarai kos akan ditunjukkan kepada pelanggan sebelum kerja pembaikian dimulakan.

Adakah kos pembaikian peti sejuk beku mahal? Adakah servis ini diberikan waranti?

Kos pembaikian peti sejuk beku bergantung pada jenis kerosakan. Juruteknik kami akan memeriksa masalah peti sejuk anda lalu mengemukakan kos pembaikian tanpa kos tersembunyi. Servis pembaikian kami meliputi waranti selama sebulan daripada hari pembaikian.

Testimoni

Peti sejuk rumah saya rosak dan pekerja datang dalam masa 1 jam untuk baiki. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali !

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis peti sejuk rumah. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap !

Mohd Annuar

Peti sejuk rumah sudah berusia lebih 10 tahun. Nasib baik, masih boleh dibaiki. 

Yee Leng

Hubungi Kami