Peti Sejuk Hitachi Di KL & Selangor

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan baiki dan servis bagi peti sejuk jenama Hitachi di Kuala Lumpur dan Selangor. Pasukan kami terdiri daripada juruteknik yang mahir, berpengalaman malah berdedikasi dalam menyelaraskan pelbagai masalah peti sejuk Hitachi anda. Selain itu, pasukan kami dapat bekerja pada waktu fleksibel berdasarkan keperluan pelanggan. Kedudukan syarikat kami yang strategik membolehkan kami sampai ke tapak anda dengan cepat maka perkhidmatan baiki dan servis peti sejuk dapat dijalankan pada hari yang sama setelah dipanggil.

Jika anda menghadapi kerosakan atau masalah pada peti sejuk Hitachi anda, sila hubungi pasukan kami sekarang melalui telefon, emel atau mengisi borang pertanyaan di bawah.

Baiki

Anda boleh memeriksa bahagian belakang peti sejuk anda jika bermasalah. Jika bahagian ini terlalu kering, kerosakan peti sejuk berkemungkinan berpunca daripada halangan ais yang menyumbatkan saluran udara.  Selain itu, peti sejuk rumah biasanya mudah mengalami kerosakan fius haba dan sensor, jadi pengguna harus memeriksa fungsi “test heater” sama ada ia menyala atau tidak. Kerosakkan bahagian pemampat (kompressor) di mana ia tidak dapat mengepam gas pendingin ke seluruh sistem boleh menyebabkan peti sejuk anda tidak sejuk. 

Servis

Setiap peti sejuk perlu diselenggara secara terjadual dengan menggunakan khidmat pakar. Kerja-kerja penyelenggaraan peti sejuk perlu dilakukan sekiranya pengguna mendapati penggunaan elektrik rumah tiba-tiba menjadi tinggi. Ini berkemungkinan terjadi kerana gegelung (coil) berhabuk dan menyebabkan kompressor berfungsi dengan lebih kuat. Selain itu, beberapa komponen lain yang harus dijaga dan dicuci adalah seperti “drip pan”. Ia harus dicuci sebaiknya dua kali setahun untuk mengelakkan pembiakan bakteria dan mengeluarkan bau busuk. Getah pintu peti sejuk juga harus dicuci kerana serpihan makanan yang melekat pada getah pintu akan menyebabkan pintu peti sejuk tidak dapat ditutup dengan rapat.

Baiki & Servis Peti Sejuk Hitachi

Setiap masalah mempunyai cara penyelesaiannya jika dikesan awal. Apabila peti sejuk anda tidak lagi mengeluarkan suhu dingin atau lampu tidak menyala, anda perlu mendapatkan perkhidmatan baiki dengan segera supaya barang-barang yang disimpan dalamnya tidak terjejas. Kami merupakan pusat bagi perkhidmatan baiki peti sejuk Hitachi yang digemari oleh ramai pelanggan. Hal ini demikian kerana pasukan juruteknik menjalankan kerja dengan pantas, efisien serta jujur. Juruteknik kami akan memeriksa peti sejuk anda yang bermasalah dengan teliti untuk mencari punca masalah. Selepas itu, pelanggan akan diberitahu jenis pembaikian yang diperlukan berserta sebut harga yang berpatutan. Juruteknik kami yang sentiasa dilengkapi peralatan baiki akan memulakan kerja dengan segera jika pelanggan bersetuju. Di samping itu, kami juga dapat membekalkan alat ganti yang bermutu tinggi malah pada harga yang lebih murah jika kerosakan langsaung terjadi pada pemampat, penyejat, kipas dan lain-lain. Bukan itu sahaja, perkhidmatan baiki peti sejuk Hitachi kami turut diberikan jaminan waranti berdasarkan jenis pembaikian. 

Servis peti sejuk kami yang teratur dan terjadual membolehkan pengguna untuk menggunakan peti sejuk Hitachi dengan senang dan selamat.  Antara servis peti sejuk yang perlu dijalankan ialah pemeriksaan fungsi setiap bahagian dalaman peti sejuk. Selain itu, pembersihan pemampat, penyejat, kipas dan penapis akan dilakukan untuk membuangkan debu dan mengelakkan pembiakan kuman. Juruteknik kami juga akan memeriksa paip saluran untuk mengesan sebarang kebocoran lalu membersihkan saluran dengan teliti. Di samping itu, thermostat dalam peti sejuk akan ditentukar malah paras bahan penyejuk juga akan diperiksa dan ditambah jika berkurangan. Setiap komponen ini perlu diselenggara dari semasa ke semasa oleh juruteknik yang berprofesional bagi menjamin fungsinya serta mengelakkan kerosakan yang mungkin memakan kos tinggi. Pasukan juruteknik kami dapat menjalankan servis berdasarkan masa yang ditentukan oleh pelanggan supaya kehidupan harian tidak terganggu. Bukan itu sahaja, juruteknik kami sentiasa menepati masa dan dapat melengkapkan kerja servis dengan efisien malah dalam masa tempoh yang singkat.   

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Peti Sejuk

FAQ

Mengapakah peti sejuk beku saya tidak membeku?

Peti sejuk beku yang tidak lagi membeku mungkin disebabkan oleh kekotoran pemampat yang mengurangkan kapasiti untuk menyejuk atau penyejat terosak.

Adakah kos pembaikian merangkumi harga alat ganti?

Kos pembaikian kami biasanya merangkumi harga alat ganti yang diperlukan. Senarai kos akan ditunjukkan kepada pelanggan sebelum kerja pembaikian dimulakan.

Adakah kos pembaikian peti sejuk beku mahal? Adakah servis ini diberikan waranti?

Kos pembaikian peti sejuk beku bergantung pada jenis kerosakan. Juruteknik kami akan memeriksa masalah peti sejuk anda lalu mengemukakan kos pembaikian tanpa kos tersembunyi. Servis pembaikian kami meliputi waranti selama sebulan daripada hari pembaikian.

Testimoni

Peti sejuk rumah saya rosak dan pekerja datang dalam masa 1 jam untuk baiki. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali !

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis peti sejuk rumah. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap !

Mohd Annuar

Peti sejuk rumah sudah berusia lebih 10 tahun. Nasib baik, masih boleh dibaiki. 

Yee Leng

Hubungi Kami