Peti Sejuk Hisense Di KL & Selangor

Selain produk peti sejuk kami bekalkan, syarikat kami turut menyediakan perkhidmatan baiki dan servis bagi pelbagai jenis model peti sejuk rumah Hisense di Kuala Lumpur dan Selangor. Pasukan kami terdiri daripada juruteknik yang terlatih dan berpengalaman dapat mengendalikan kerja baiki dan servis peti sejuk rumah anda secara efisien. Pasukan kami akan menjalankan pemeriksaan peti sejuk di tapak anda bagi mengetahui punca masalah lalu mengemukakan jenis pembaikian yang diperlukan berserta sebut harga yang berpatutan. Perkhidmatan kami dapat diberikan dalam hari yang sama apabila dihubungi.

Bagi menempah perkhidmatan kami atau memerlukan maklumat lanjut, sila menelefon atau menghantar emel kepada pasukan kami sekarang. 

Baiki

Anda boleh memeriksa bahagian belakang peti sejuk anda jika bermasalah. Jika bahagian ini terlalu kering, kerosakan peti sejuk berkemungkinan berpunca daripada halangan ais yang menyumbatkan saluran udara.  Selain itu, peti sejuk rumah biasanya mudah mengalami kerosakan fius haba dan sensor, jadi pengguna harus memeriksa fungsi “test heater” sama ada ia menyala atau tidak. Kerosakkan bahagian pemampat (kompressor) di mana ia tidak dapat mengepam gas pendingin ke seluruh sistem boleh menyebabkan peti sejuk anda tidak sejuk. 

Servis

Setiap peti sejuk perlu diselenggara secara terjadual dengan menggunakan khidmat pakar. Kerja-kerja penyelenggaraan peti sejuk perlu dilakukan sekiranya pengguna mendapati penggunaan elektrik rumah tiba-tiba menjadi tinggi. Ini berkemungkinan terjadi kerana gegelung (coil) berhabuk dan menyebabkan kompressor berfungsi dengan lebih kuat. Selain itu, beberapa komponen lain yang harus dijaga dan dicuci adalah seperti “drip pan”. Ia harus dicuci sebaiknya dua kali setahun untuk mengelakkan pembiakan bakteria dan mengeluarkan bau busuk. Getah pintu peti sejuk juga harus dicuci kerana serpihan makanan yang melekat pada getah pintu akan menyebabkan pintu peti sejuk tidak dapat ditutup dengan rapat.

Baiki & Servis Peti Sejuk Hisense

Peti sejuk di rumah anda tidak sejuk atau rosak? Jangan panik! Anda boleh memanggilkan perkhidmatan baiki peti sejuk Hisense kami yang berprofesional dan berpengalaman. Juruteknik kami yang bertauliah akan memeriksa punca masalah yang terjadi pada peti sejuk di rumah anda dengan teliti. Juruteknik kami dapat membaiki pelbagai jenis masalah peti sejuk rumah Hisense tanpa mengira jenis atau model peti sejuk anda. Ini dapat menjimatkan wang pelanggan kerana tidak perlu memberlanja untuk mendapatkan peti sejuk baharu. Jika kerosakan peti sejuk anda memerlukan penukaran alat ganti, kami juga dapat membekalkannya dalam tempoh masa tersingkat malah pada harga yang murah. Kerosakan mungkin terjadi pada pemampat, penyejat, thermostat atau ketidakfungsian kipas peti sejuk. Selain itu, terdapat juga masalah yang kecil seperti kekurangan bahan penyejuk. Juruteknik kami dapat membaiki masalah-masalah tersebut dengan pantas maka anda dapat terus menggunakan peti sejuk. Perkhidmatan baiki peti sejuk Hisense kami turut diberi jaminan waranti selama setahun daripada tarikh pembaikian.    

Bagi menjamin kecekapan fungsi peti sejuk Hisense di rumah anda, kami menyarankan agar servis peti sejuk dijalankan secara berskala. Kami menawarkan pakej harga yang menarik bagi servis peti sejuk rumah anda secara terjadual. Penyelenggaraan ini penting untuk menjaga bahagian-bahagian peti sejuk supaya sentiasa berfungsi dengan efisien. Selain itu, masalah pada peti sejuk anda juga dapat dikesan dengan awal dan diselaraskan untuk mengelakkan kerosakan yang teruk dan memakan kos mahal. Juruteknik kami sentiasa menjalankan servis peti sejuk di rumah anda dengan teliti malah sentiasa menjaga kebersihan di sekitar tapak kerja. Tambahan pula, juruteknik kami yang mahir dan berpengalaman dapat menyiapkan servis peti sejuk bagi pelbagai jenis model jenama Hisense malah dalam masa yang ditentukan oleh pelanggan. Ini membolehkan pelanggan terus menggunakan peti sejuk tersebut tanpa tergendala. Di samping itu, syarikat kami telah menjadi pilihan utama dalam kalangan pengguna peti sejuk Hisense kerana perkhidmatan yang berprofesional, pantas malah pada harga yang berpatutan.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Peti Sejuk

FAQ

Mengapakah peti sejuk beku saya tidak membeku?

Peti sejuk beku yang tidak lagi membeku mungkin disebabkan oleh kekotoran pemampat yang mengurangkan kapasiti untuk menyejuk atau penyejat terosak.

Adakah kos pembaikian merangkumi harga alat ganti?

Kos pembaikian kami biasanya merangkumi harga alat ganti yang diperlukan. Senarai kos akan ditunjukkan kepada pelanggan sebelum kerja pembaikian dimulakan.

Adakah kos pembaikian peti sejuk beku mahal? Adakah servis ini diberikan waranti?

Kos pembaikian peti sejuk beku bergantung pada jenis kerosakan. Juruteknik kami akan memeriksa masalah peti sejuk anda lalu mengemukakan kos pembaikian tanpa kos tersembunyi. Servis pembaikian kami meliputi waranti selama sebulan daripada hari pembaikian.

Testimoni

Peti sejuk rumah saya rosak dan pekerja datang dalam masa 1 jam untuk baiki. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali !

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis peti sejuk rumah. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap !

Mohd Annuar

Peti sejuk rumah sudah berusia lebih 10 tahun. Nasib baik, masih boleh dibaiki. 

Yee Leng

Hubungi Kami