Jenis Peti Ais Di KL & Selangor

Kami merupakan pembekal utama jenis peti ais komersial di Kuala Lumpur dan Selangor. Peti ais komersial biasanya digunakan di restoran, hotel, pasar raya dan kedai untuk menyejukkan dan mengekalkan kesegaran makanan serta minuman. Terdapat pelbagai jenis peti ais komersial kami bekalkan termasuk jenis paparan di mana ia lazimnya digunakan di kedai serbaneka bagi memaparkan makanan serta minuman bungkusan. Selain itu, peti ais pameran adalah bagi kegunaan mempamerkan makanan sedia dimakan dan perlu disejukkan seperti kek. Peti ais tegak pula terdapat bahagian beku dan bahagian penyejuk biasa. Peti ais jenis ini serta peti ais komersial jenis kaunter biasanya digunakan di dapur restoran atau hotel bagi menyimpan bahan-bahan makanan segar dalam kuantiti yang banyak. Di samping itu, peti sejuk beku lazimnya dijumpai di pasar raya dan kedai serbaneka bagi menyimpan makanan beku atau ais krim. Sila hubungi pasukan perunding kami sekarang untuk mengenal pasti jenis peti ais komersial yang anda perlukan bagi perniagaan anda.

Baiki

Peti sejuk komersial biasanya mempunyai masalah kekurangan tenaga kuasa yang menyebabkan peti sejuk tidak sejuk. Bagi menyelesaikan masalah ini, ‘power cord’ harus diperiksa dan ditukar jika perlu. Jika masalah masih terjadi, kemungkinan kompresor peti sejuk sudah rosak dan perlu ditukar. Terdapat juga masalah seperti lampu di dalam peti sejuk tidak menyala maka masalah ini dapat dibaiki dengan menukar mentol.

Servis

Servis untuk peti sejuk komersial biasanya adalah sama seperti peti sejuk di rumah. Ia amat penting bagi pengguna peti sejuk komersial untuk memastikan kompresor dan motor bersih daripada debu dan kotoran yang mungkin menyebabkan kebakaran atau kerosakan jika tidak diselenggara. Selain itu, kipas penyepat dan ‘drain lines’ juga harus dicuci jika terdapat ais terkumpul di sekelilingnya.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Peti Sejuk

FAQ

Adakah kos pembaikian peti sejuk beku komersial merangkumi kos penukaran alat ganti ?

Kos pembaikian adalah berdasarkan jenis kerosakan yang terjadi pada peti sejuk komersial dan tidak merangkumi harga penukaran alat ganti. Kos penukaran alat ganti turut bergantung pada barang dan jenis alat ganti yang diperlukan.

Mengapakah peti sejuk komersial tidak sejuk dan lambat beku? Bagaimana untuk mengetahui masalah?

Terdapat banyak kemungkinan peti sejuk komersial lambat beku. Biasanya ia terjadi apabila fungsi pemampat  atau penyahbeku automatik terganggu.

Selepas pembaikian peti sejuk, adakah pelanggan diberi jaminan waranti ?

Jaminan waranti bagi pembaikian akan diberi mengikut jenis kerosakan. Biasanya, waranti adalah selama 1 minggu daripada tarikh pembaikian.

Mengapakah peti sejuk beku komersial perlu diselenggara?

Setiap peti sejuk terutamanya peti sejuk komersial perlu diselenggara untuk mengelakkan kerosakan yang teruk. Kapasiti penggunaan peti sejuk komersial yang digunakan di pasar raya dan restoran adalah tinggi dan sentiasa berfungsi. Oleh itu, pentingnya kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan pada peti sejuk beku komersial untuk sentiasa berfungsi dengan cekap.

Apakah proses atau kerja yang dilakukan semasa servis peti sejuk beku komersial?

Antara proses penyelenggaraan adalah seperti pembersihan dulang takungan air, pemampat, kipas motor dan saluran penyejat. Ini boleh mengelakkan peti sejuk komersial daripada masalah tidak sejuk atau lambat membeku. Selain itu, gas penyejuk juga perlu ditambah semasa kerja penyelenggaran dilakukan.

Berapa kerap penyelenggaraan peti sejuk beku jenis komersial perlu dilakukan?

Servis peti sejuk beku komersial boleh dilakukan secara berkala seperti 3 bulan sekali bagi penggunaan yang rendah atau 2 bulan sekali bagi penggunaan yang kerap.

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm