Servis Portable Aircond Di KL
Syarikat kami menyediakan servis bagi portable aircond di Kuala Lumpur dan Selangor. Sama seperti unit aircond tetap, portable aircond juga perlu diservis secara berkala bagi membantu mengekalkan kapasiti dan kecekapan penyejukannya. Portable aircond yang bersih dapat menghasilkan jumlah udara segar yang banyak, jadi kerangka unit portable aircond harus dibersihkan setiap beberapa minggu. Air yang tersejat di dalam baldi perlu disalur keluar. Untuk menyediakan udara penyejuk bebas daripada debu, penapis, bolong udara dan gegelung penyejuk di dalam portable aircond harus dibersihkan dengan teliti oleh para profesional. Permukaan unit harus dilap menggunakan kain lembut dan lembap semasa unit dimatikan.
Bagi servis portable aircond yang berprofesional, sila membuat temu janji dengan khidmat pelanggan kami sekarang melalui telefon atau emel.
Komersial
Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.
Rumah
Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.
Servis & Baiki Portable Aircond
Portable aircond adalah alat penyejuk mudah alih dengan unit pemampat dan penyejat yang dikabungkan dalam satu badan. Ia berfungsi dengan pengaliran penyejuk melalui rangkaian tiub bergelung dan menyerap kepanasan dari dalam rumah. Seperti biasa, portable aircond dipasang pada roda, jadi ia boleh dipindah ke mana-mana tempat yang anda ingini untuk memberikan kesegaran dan keselesaan. Ia tidak memerlukan pemasangan badan aircond secara tetap maka dapat menjimatkan penggunaan tenaga. Selain itu, penggunaan portable aircond biasanya cepat dan mudah, ia dapat menyejukkan bilik dengan segera.
Unit portable aircond yang ringkas dan mudah alih sesuai digunakan di apartmen atau kondominium sewa di mana ruang adalah terhad atau pemasangan unit aircond tetap tidak dibenarkan. Oleh sebab portable aircond dapat menyejukkan bilik dengan cepat, anda boleh memindahkannya ke mana-mana bilik atau ruang yang anda ingin menyejukkan. Contohnya, anda boleh berpindah poetable aircond dari ruang tamu ke bilik tidur, ruang makan atau bilik belajar di mana ia diperlukan. Bukan itu sahaja, portable aircond juga sesuai untuk memberikan angin sejuk di kawasan luar seperti di garaj. Ia juga dapat berfungsi sebagai unit pendingin sokongan pada ruang bengkel yang besar di samping aircond tingkap atau dinding. Dengan meletakkan portable aircond di permukaan lantai yang keras dan rata, ia pada dasarnya sesuai digunakan di mana sahaja dan bila-bila masa.
Salah satu ciri yang paling menarik tentang portable aircond ialah ia sangat mudah untuk dipasang. Oleh sebab portable aircond biasanya dilengkapi roda kastor yang menjadikannya mudah alih, ia sangat mudah dan membolehkan penempatan yang fleksibel ke mana-mana tempat yang anda ingin sejukkan. Selain sifat penggunaan yang mudah, portable aircond tidak memerlukan pemasangan yang rumit. Ia dapat digunakan dengan segera setelah dibeli dari kedai dengan mengikuti manual persediaan pengguna. Walaupun pemasangannya mudah, portable aircond turut mempunyai keupayaan untuk menyejukkan bilik dengan cekap serta menjimatkan penggunaan tenaga berbanding dengan unit aircond tetap. Dari segi kos, portable aircond merupakan pilihan yang lebih berpatutan bagi alat penyejuk. Bukan itu sahaja, reka bentuk portable aircond yang ringkas dan minimalis membolehkan ia disimpan dengan mudah seperti di dalam almari ketika tidak digunakan. Selain itu, portable aircond juga ada alat kawalan jauh dan pemasa bagi pengguna mengawal suhu dan masa operasi dengan mudah.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Pembaikian
Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain.
Servis
Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.
Pemasangan
Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.
Lokasi
Mengapa Pilih AcDingin?
Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang.
Dipercayai
Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti
Harga Berpatutan
Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda
Cekap & Cepat
Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional
Profesional
Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun
Jenama Aircond
Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.
Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.
FAQ
Apakah jenis servis diperlukan bagi portable aircond?
Seperti aircond tetap, portable aircond juga perlu diselenggara secara berskala. Antara servis yang diperlukan ialah penyaluran air tersejat dalam baldi serta pembersihan penapis, bolong udara dan gegelung penyejuk di dalam portable aircond oleh profesional.
Bolehkah saya membersihkan bahagian dalaman portable aircond sendiri?
Penyelenggaraan serta pembersihan bagi bahagian dalaman unit portable aircond harus dijalankan oleh juruteknik yang terlatih agar ia dapat dibersihkan secara seluruh tanpa menyebabkan kerosakan.
Bagaimanakah untuk memastikan portable aircond sentiasa berfungsi dengan baik?
Bagi kefungsian sentiasa, portable aircond anda harus diperiksa dan diselenggara oleh juruteknik terlatih secara terjadual setiap enam bulan sekali.
Testimoni
Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali !
John Lee
Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap !
Mohd Annuar
Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.
Yee Leng
Hubungi Kami
Waktu Operasi
Isnin - Sabtu 830am-530pm
Ahad dan cuti umum tutup
Alamat
18, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan