Peti Ais Hitachi Di KL & Selangor

Adakah anda sedang mencarikan perkhidmatan baiki dan servis peti ais Hitachi di Kuala Lumpur dan Selangor? Terdiri daripada juruteknik yang bertauliah dan berpengalaman, pasukan kami bersedia menghulurkan bantuan bagi membaiki dan menyelenggarakan peti ais beku keggunaan komersial Hitachi anda. Kami faham bahawa peti ais beku merupakan aset penting bagi perniagaan komersial berasaskan makanan seperti pasar raya, restoran, kedai sebaneka, hotel, kilang makanan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat kami menawarkan perkhidmatan bagi peti ais beku Hitachi anda dalam kadar yang paling cepat malah pada harga yang berpatutan. Bagi maklumat selanjutnya tentang perkhidmatan kami, sila menelefon atau menghantar emel kepada khidmat pelanggan kami sekarang.  

Baiki

Peti sejuk komersial biasanya mempunyai masalah kekurangan tenaga kuasa yang menyebabkan peti sejuk tidak sejuk. Bagi menyelesaikan masalah ini, ‘power cord’ harus diperiksa dan ditukar jika perlu. Jika masalah masih terjadi, kemungkinan kompresor peti sejuk sudah rosak dan perlu ditukar. Terdapat juga masalah seperti lampu di dalam peti sejuk tidak menyala maka masalah ini dapat dibaiki dengan menukar mentol.

Servis

Servis untuk peti sejuk komersial biasanya adalah sama seperti peti sejuk di rumah. Ia amat penting bagi pengguna peti sejuk komersial untuk memastikan kompresor dan motor bersih daripada debu dan kotoran yang mungkin menyebabkan kebakaran atau kerosakan jika tidak diselenggara. Selain itu, kipas penyepat dan ‘drain lines’ juga harus dicuci jika terdapat ais terkumpul di sekelilingnya.

Baiki & Servis Peti Ais Hitachi

Juruteknik kami amat berpengalaman dalam membaiki peti ais beku komersial jenama Hitachi. Selaras dengan misi syarikat untuk membekalkan servis baiki peti ais dengan cepat, efisien dan pada harga yang berpatutan, juruteknik kami sentiasa bersedia bagi menyelesaikan masalah yang terjadi pada peti ais beku komersial anda. Kepantasan ini dapat menjamin perniagaan anda tidak tergendala oleh ketidakfungsian peti ais beku dan menyebabkan pembaziran bahan makanan dan kerugian bagi perniagaan anda. Juruteknik kami akan memeriksakan punca kerosakan atau ketidakfungsian peti ais beku komersial anda dengan teliti. Selepas itu, mereka akan memberitahu pelanggan tentang masalah kerosakan dan cara penyelesaian berserta sebut harga. Dengan persetujuan pelanggan, juruteknik yang mahir dalam membaiki pelbagai jenis masalah peti ais beku komersial akan menjalankan kerja baiki dengan efisien. Anda boleh yakin bahawa kerja pembaikian disiapkan dalam masa tempoh tersingkat malah dalam hari yang sama. Syarikat kami turut diiktiraf sebagai pusat baiki peti ais beku komersial yang paling berpatutan harga.

Kerja penyelenggaraan peti ais beku terutamanya kegunaan komersial yang beroperasi tanpa berhenti amat mustahak bagi industri berasaskan makanan. Memahami prinsip yang penting ini, syarikat kami juga menyediakan servis secara terjadual bagi peti ais beku komersial Hitachi selain kerja baiki bagi peti ais bermasalah. Juruteknik kami yang berpengalaman lagi berdedikasi sentiasa bersedia untuk menjalankan servis peti ais beku secara tersusun. Servis peti ais beku berskala dapat menjamin peti ais anda sentiasa memberi prestasi terbaik dan jarang berlakunya kerosakan atau ketidakfungsian. Semasa kerja penyelenggaraan dijalankan, penapis, pemampat, penyejat dan kipas dalam peti ais beku akan dibersihkan bagi menjamin persekitaran dalam peti ais yang bersih dan bebas daripada kuman. Pembersihan bahagian tersebut juga dapat memastikannya terus berfungsi dengan baik. Selain itu, thermostat dan paras bahan penyejuk juga akan diperiksa dan diselaraskan jika perlu. Servis peti ais beku komersial secara terjadual dapat mengelakkan kerosakan peti ais malah jangka penggunaan alat elektrik ini dapat dipanjangkan.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Peti Sejuk

FAQ

Adakah kos pembaikian peti sejuk beku komersial merangkumi kos penukaran alat ganti ?

Kos pembaikian adalah berdasarkan jenis kerosakan yang terjadi pada peti sejuk komersial dan tidak merangkumi harga penukaran alat ganti. Kos penukaran alat ganti turut bergantung pada barang dan jenis alat ganti yang diperlukan.

Mengapakah peti sejuk komersial tidak sejuk dan lambat beku? Bagaimana untuk mengetahui masalah?

Terdapat banyak kemungkinan peti sejuk komersial lambat beku. Biasanya ia terjadi apabila fungsi pemampat  atau penyahbeku automatik terganggu.

Selepas pembaikian peti sejuk, adakah pelanggan diberi jaminan waranti ?

Jaminan waranti bagi pembaikian akan diberi mengikut jenis kerosakan. Biasanya, waranti adalah selama 1 minggu daripada tarikh pembaikian.

Mengapakah peti sejuk beku komersial perlu diselenggara?

Setiap peti sejuk terutamanya peti sejuk komersial perlu diselenggara untuk mengelakkan kerosakan yang teruk. Kapasiti penggunaan peti sejuk komersial yang digunakan di pasar raya dan restoran adalah tinggi dan sentiasa berfungsi. Oleh itu, pentingnya kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan pada peti sejuk beku komersial untuk sentiasa berfungsi dengan cekap.

Apakah proses atau kerja yang dilakukan semasa servis peti sejuk beku komersial?

Antara proses penyelenggaraan adalah seperti pembersihan dulang takungan air, pemampat, kipas motor dan saluran penyejat. Ini boleh mengelakkan peti sejuk komersial daripada masalah tidak sejuk atau lambat membeku. Selain itu, gas penyejuk juga perlu ditambah semasa kerja penyelenggaran dilakukan.

Berapa kerap penyelenggaraan peti sejuk beku jenis komersial perlu dilakukan?

Servis peti sejuk beku komersial boleh dilakukan secara berkala seperti 3 bulan sekali bagi penggunaan yang rendah atau 2 bulan sekali bagi penggunaan yang kerap.

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm