Peti Ais Toshiba Di KL & Selangor

Syarikat kami khusus dalam membekalkan perkhidmatan baiki dan servis peti ais beku komersial Toshiba pada harga yang berpatutan di Kuala Lumpur dan Selangor. Juruteknik kami yang terlatih dapat membaiki dan menyelenggara setiap model peti ais beku termasuk koleksi model “chest freezer” terbaharu Toshiba. Menerusi perkhidmatan kami, masalah yang terjadi pada peti ais beku komersial anda dapat diselenggara dalam masa tersingkat agar perniagaan anda tidak terganggu. Kerja baiki dan servis peti ais beku harus dijalankan untuk memanjangkan jangka hayat peti ais beku malah ia dapat berfungsi secara efisien. Anda boleh menelefon atau menghantar emel kepada kami sekarang jika menghadapi masalah peti ais beku.  

    Perkhidmatan ini disediakan oleh NHN Aircond Services (M) Sdn Bhd. YNT Global Projects and Services tidak bertanggungjawab ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh kami. Kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam. Terima kasih kerana menghubungi kami.

Baiki

Peti sejuk komersial biasanya mempunyai masalah kekurangan tenaga kuasa yang menyebabkan peti sejuk tidak sejuk. Bagi menyelesaikan masalah ini, ‘power cord’ harus diperiksa dan ditukar jika perlu. Jika masalah masih terjadi, kemungkinan kompresor peti sejuk sudah rosak dan perlu ditukar. Terdapat juga masalah seperti lampu di dalam peti sejuk tidak menyala maka masalah ini dapat dibaiki dengan menukar mentol.

Servis

Servis untuk peti sejuk komersial biasanya adalah sama seperti peti sejuk di rumah. Ia amat penting bagi pengguna peti sejuk komersial untuk memastikan kompresor dan motor bersih daripada debu dan kotoran yang mungkin menyebabkan kebakaran atau kerosakan jika tidak diselenggara. Selain itu, kipas penyepat dan ‘drain lines’ juga harus dicuci jika terdapat ais terkumpul di sekelilingnya.

Baiki & Servis Peti Ais Toshiba

Juruteknik kami yang berpengalaman kaya bersedia menyelaraskan pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh peti ais beku komersial anda. Antara tanda peti ais beku anda perlu dibaiki ialah ais terkumpul di sekeliling saluran paip di mana peti ais tersebut menjadi terlalu sejuk. Selain itu, ketidaksejukan peti ais beku anda akan menyebabkan kerosakan makanan yang disimpan dalamnya. Ini mungkin terjadi akibat kerosakan pemeluwap, thermostat, penyejat atau kipas. Pembaikian dan penukaran alat ganti perlu dilakukan dengan segera. Di samping itu, masalah seperti pintu peti ais beku tidak dapat ditutup dengan rapat turut memerlukan pembaikian segera kerana ia akan mengakibatkan pemampat untuk bekerja dengan lebih kuat lalu membawa kerosakan yang lebih teruk. Dengan mengupah perkhidmatan baiki kami, anda tidak perlu risau tentang masalah peti ais beku atau kos baiki yang tinggi. Pasukan juruteknik kami yang mahir akan meneliti masalah peti ais beku komersial Toshiba anda dan menyelesaikannya dengan pantas lagi pada harga yang berpatutan.   

Selain servis baiki peti ais beku komersial Toshiba, kami juga menyarankan agar penyelenggaraan peti ais beku dijalankan secara terjadual. Oleh sebab peti ais beku bagi industri komersial berasaskan makanan perlu bekerja tanpa berhenti, servis perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi menjamin setiap bahagian dalam peti ais beku dapat berfungsi dengan efisien tanpa kerosakan. Selain itu, masalah kecil pada alat ganti peti ais beku dapat dikesan semasa servis penyelenggaraan maka dapat ditukar ganti. Keadaan ini dapat mengelakkan kerosakan peti ais yang teruk serta kerugian perniagaan apabila bahan makanan terjejas. Pasukan kami terdiri daripada juruteknik yang terlatih, mahir lagi mesra bersedia memberikan servis peti ais beku komersial Toshiba dengan teliti dan efisien. Antara servis yang lazim dijalankan termasuk pemeriksaan pemeluwap, pemampat, penyejat, thermostat serta paras bahan penyejuk. Pembersihan bahagian dalaman dan luaran peti ais beku juga akan dijalankan bagi mengelakkan pengumpulan debu dan bakteria yang memudaratkan sistem peti ais beku tersebut.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Peti Sejuk

FAQ

Adakah kos pembaikian peti sejuk beku komersial merangkumi kos penukaran alat ganti ?

Kos pembaikian adalah berdasarkan jenis kerosakan yang terjadi pada peti sejuk komersial dan tidak merangkumi harga penukaran alat ganti. Kos penukaran alat ganti turut bergantung pada barang dan jenis alat ganti yang diperlukan.

Mengapakah peti sejuk komersial tidak sejuk dan lambat beku? Bagaimana untuk mengetahui masalah?

Terdapat banyak kemungkinan peti sejuk komersial lambat beku. Biasanya ia terjadi apabila fungsi pemampat  atau penyahbeku automatik terganggu.

Selepas pembaikian peti sejuk, adakah pelanggan diberi jaminan waranti ?

Jaminan waranti bagi pembaikian akan diberi mengikut jenis kerosakan. Biasanya, waranti adalah selama 1 minggu daripada tarikh pembaikian.

Mengapakah peti sejuk beku komersial perlu diselenggara?

Setiap peti sejuk terutamanya peti sejuk komersial perlu diselenggara untuk mengelakkan kerosakan yang teruk. Kapasiti penggunaan peti sejuk komersial yang digunakan di pasar raya dan restoran adalah tinggi dan sentiasa berfungsi. Oleh itu, pentingnya kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan pada peti sejuk beku komersial untuk sentiasa berfungsi dengan cekap.

Apakah proses atau kerja yang dilakukan semasa servis peti sejuk beku komersial?

Antara proses penyelenggaraan adalah seperti pembersihan dulang takungan air, pemampat, kipas motor dan saluran penyejat. Ini boleh mengelakkan peti sejuk komersial daripada masalah tidak sejuk atau lambat membeku. Selain itu, gas penyejuk juga perlu ditambah semasa kerja penyelenggaran dilakukan.

Berapa kerap penyelenggaraan peti sejuk beku jenis komersial perlu dilakukan?

Servis peti sejuk beku komersial boleh dilakukan secara berkala seperti 3 bulan sekali bagi penggunaan yang rendah atau 2 bulan sekali bagi penggunaan yang kerap.

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

NHN Aircond Services (M) Sdn Bhd (1460909-V)
253C, Jalan Besar, Kampung Baru Seri Kembangan

43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm

    Perkhidmatan ini disediakan oleh NHN Aircond Services (M) Sdn Bhd. YNT Global Projects and Services tidak bertanggungjawab ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh kami. Kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam. Terima kasih kerana menghubungi kami.