Peti Ais Sharp Di KL & Selangor
Syarikat kami menawarkan perkhidmatan baiki dan servis bagi peti ais beku komersial Sharp di Kuala Lumpur dan Selangor. Kami faham bahawa peti ais beku di premis komersial anda yang beroperasi tanpa berhenti akan rosak atau tidak dapat berfungsi. Keadaan ini turut mengendalakan perniagaan anda oleh sebab penyimpanan bahan makanan terganggu. Juruteknik kami bersedia memberi bantuan segera sama ada pembaikian atau penyelenggaraan berskala agar masalah tersebut diselesaikan malah perniagaan anda dapat berjalan secara langsung. Jika anda pemilik peti ais beku komersial Sharp yang sedang mencarikan perkhidmatan baiki dan servis peti ais, sila menelefon atau menghantar emel kepada khidmat pelanggan kami sekarang.
Baiki
Peti sejuk komersial biasanya mempunyai masalah kekurangan tenaga kuasa yang menyebabkan peti sejuk tidak sejuk. Bagi menyelesaikan masalah ini, ‘power cord’ harus diperiksa dan ditukar jika perlu. Jika masalah masih terjadi, kemungkinan kompresor peti sejuk sudah rosak dan perlu ditukar. Terdapat juga masalah seperti lampu di dalam peti sejuk tidak menyala maka masalah ini dapat dibaiki dengan menukar mentol.
Servis
Servis untuk peti sejuk komersial biasanya adalah sama seperti peti sejuk di rumah. Ia amat penting bagi pengguna peti sejuk komersial untuk memastikan kompresor dan motor bersih daripada debu dan kotoran yang mungkin menyebabkan kebakaran atau kerosakan jika tidak diselenggara. Selain itu, kipas penyepat dan ‘drain lines’ juga harus dicuci jika terdapat ais terkumpul di sekelilingnya.
Baiki & Servis Peti Ais Sharp
Pasukan kami bersedia membaiki masalah yang terjadi pada peti ais komersial Sharp di premis anda. Terdapat beberapa situasi yang menyebabkan peti ais beku anda tidak berfungsi. Antaranya ialah kerosakan pemeluwap, penyejat, kipas atau pemampat peti ais. Kerosakan mana-mana satu bahagian tersebut akan menyebabkan peti ais beku tidak dingin atau langsung tidak berfungsi maka memerlukan penukaran alat ganti. Selain itu, ketidakfungsian peti ais beku juga mungkin disebabkan oleh saluran paip yang tersumbat atau kekurangan bahan penyejuk. Juruteknik kami yang berprofesional akan memeriksakan punca masalah peti ais beku anda dengan teliti lalu menjalankan pembaikian pada sebut harga yang berpatutan. Ramai pelanggan kami berpuas hati dengan perkhidmatan pasukan kami yang mahir lagi pantas. Masalah peti ais beku dapat diselesaikan dalam masa tempoh tersingkat malah peti ais tersebut dapat berfungsi buat masa yang panjang tanpa memerlukan pembelian peti ais baharu. Di samping itu, harga perkhidmatan baiki kami yang berpatutan menjadikan kami pilihan utama dalam kalangan pengguna peti ais Sharp.
Bah kata pencegahan adalah lebih baik daripada pengubatan. Ini turut memerihalkan peti ais beku komersial Sharp anda memerlukan penyelenggaraan terjadual bagi mengelakkan ketidakfungsian atau kerosakan. Servis peti ais beku membolehkan juruteknik kami memantau status peti ais beku anda selepas seberapa lama penggunaan. Juruteknik kami juga dapat mengesan sebarang masalah yang mungkin terabai lalu membaikinya dengan segera. Pembaikian segera dapat mengelakkan kerosakan yang lebih teruk malah servis berskala dapat memastikan peti ais beku anda sentiasa berfungsi dengan efisien. Antara servis yang lazimnya dijalankan termasuk pembersihan pemeluwap, penyejat, kipas dan pemampat peti ais beku. Pembersihan diperlukan supaya debu atau kotoran tidak terkumpul dalam peralatan peti ais beku dan menyebabkan ketidakfungsian. Selain itu, saluran paip juga akan diperiksa dan dibersihkan untuk mengelakkan kebocoran atau kesumbatan. Bagi memanjangkan jangka penggunaan dan memastikan kecekapan fungsi peti ais beku komersial Sharp, kami menyarankan agar pemilik mengupahkan servis kami secara terjadual sekurang-kurangnya setiap enam bulan sekali.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Mengapa Pilih AcDingin?
Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang.
Dipercayai
Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti
Harga Berpatutan
Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda
Cekap & Cepat
Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional
Profesional
Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun
FAQ
Adakah kos pembaikian peti sejuk beku komersial merangkumi kos penukaran alat ganti ?
Kos pembaikian adalah berdasarkan jenis kerosakan yang terjadi pada peti sejuk komersial dan tidak merangkumi harga penukaran alat ganti. Kos penukaran alat ganti turut bergantung pada barang dan jenis alat ganti yang diperlukan.
Mengapakah peti sejuk komersial tidak sejuk dan lambat beku? Bagaimana untuk mengetahui masalah?
Terdapat banyak kemungkinan peti sejuk komersial lambat beku. Biasanya ia terjadi apabila fungsi pemampat atau penyahbeku automatik terganggu.
Selepas pembaikian peti sejuk, adakah pelanggan diberi jaminan waranti ?
Jaminan waranti bagi pembaikian akan diberi mengikut jenis kerosakan. Biasanya, waranti adalah selama 1 minggu daripada tarikh pembaikian.
Mengapakah peti sejuk beku komersial perlu diselenggara?
Setiap peti sejuk terutamanya peti sejuk komersial perlu diselenggara untuk mengelakkan kerosakan yang teruk. Kapasiti penggunaan peti sejuk komersial yang digunakan di pasar raya dan restoran adalah tinggi dan sentiasa berfungsi. Oleh itu, pentingnya kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan pada peti sejuk beku komersial untuk sentiasa berfungsi dengan cekap.
Apakah proses atau kerja yang dilakukan semasa servis peti sejuk beku komersial?
Antara proses penyelenggaraan adalah seperti pembersihan dulang takungan air, pemampat, kipas motor dan saluran penyejat. Ini boleh mengelakkan peti sejuk komersial daripada masalah tidak sejuk atau lambat membeku. Selain itu, gas penyejuk juga perlu ditambah semasa kerja penyelenggaran dilakukan.
Berapa kerap penyelenggaraan peti sejuk beku jenis komersial perlu dilakukan?
Servis peti sejuk beku komersial boleh dilakukan secara berkala seperti 3 bulan sekali bagi penggunaan yang rendah atau 2 bulan sekali bagi penggunaan yang kerap.
Testimoni
Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali !
John Lee
Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap !
Mohd Annuar
Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.
Yee Leng
Emel
Hubungi Kami
Waktu Operasi
Isnin - Sabtu 9am-6pm