Peti Ais Panasonic Di KL & Selangor
Syarikat kami berpakar dalam perkhidmatan baiki dan servis peti ais beku komersial Panasonic di Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan kemahiran serta pengalaman yang kaya dalam mengendalikan operasi peti ais beku, juruteknik kami dapat memberi perkhidmatan yang terbaik bagi membaiki dan menyelenggarakan peti ais beku komersial anda. Pasukan kami biasanya akan memeriksa masalah peti ais beku komersial anda dengan teliti lalu mengemukakan jenis perkhidmatan yang diperlukan berserta sebut harga yang berpatutan. Jadikan kami pembekal servis peti ais beku komersial anda buat masa panjang bagi memastikan kefungsian peti ais sentiasa. Sila menelefon atau menghantar emel kepada kami hari ini bagi mendapatkan sebut harga terbaik.
Baiki
Peti sejuk komersial biasanya mempunyai masalah kekurangan tenaga kuasa yang menyebabkan peti sejuk tidak sejuk. Bagi menyelesaikan masalah ini, ‘power cord’ harus diperiksa dan ditukar jika perlu. Jika masalah masih terjadi, kemungkinan kompresor peti sejuk sudah rosak dan perlu ditukar. Terdapat juga masalah seperti lampu di dalam peti sejuk tidak menyala maka masalah ini dapat dibaiki dengan menukar mentol.
Servis
Servis untuk peti sejuk komersial biasanya adalah sama seperti peti sejuk di rumah. Ia amat penting bagi pengguna peti sejuk komersial untuk memastikan kompresor dan motor bersih daripada debu dan kotoran yang mungkin menyebabkan kebakaran atau kerosakan jika tidak diselenggara. Selain itu, kipas penyepat dan ‘drain lines’ juga harus dicuci jika terdapat ais terkumpul di sekelilingnya.
Baiki & Servis Peti Ais Panasonic
Penyimpanan bahan makanan dalam suhu yang membeku dapat menghalangkan pembiakan bakteria malah mengekalkan kesegaran makanan. Ia merupakan peralatan yang maha penting bagi industri komersial yang mengendalikan makanan seperti restoran, kilang makanan, pasar raya dan sebagainya. Apabila peti ais komersial anda tidak dapat membeku atau terdapat masalah untuk mengekalkan suhu rendah, anda patut memanggil bagi perkhidmatan baiki peti ais beku komersial yang profesional seperti syarikat kami dengan segera. Pasukan juruteknik kami akan sampai ke tapak anda dengan cepat lalu memeriksa masalah peti ais anda dengan teliti. Selepas itu, perunding kami akan menunjukkan sebut harga perkhidmatan dan harga alat ganti yang perlu ditukar. Ini menyenangkan pelanggan untuk membuat perbandingan harga malah harga perkhidmatan kami adalah paling berpatutan. Anda boleh memanggil perkhidmatan baiki kami bila-bila masa untuk menyelesaikan masalah peti ais beku komersial anda. Juruteknik kami akan menjalankan kerja pembaikian pada waktu yang fleksibel berdasarkan keperluan pelanggan agar operasi perniagaan anda tidak terganggu.
Adakah anda sedang mencarikan cara penjagaan peti ais beku komersial anda bagi memanjangkan hayat penggunaannya? Jawapannya adalah dengan menjalankan servis peti ais secara terjadual. Hal ini demikian kerana servis peti ais beku dapat mengesan masalah yang mula terjadi pada peti ais beku anda pada peringkat awal lalu menyelaraskannya. Selain itu, servis peti ais beku komersial dapat memeriksa dan menyelenggara setiap bahagian peti ais komersial anda bagi mengekalkan kecekapan fungsinya. Pasukan kami berdedikasi untuk membekalkan servis peti ais beku komersial Panasonic bagi menjamin pengusaha berasaskan makanan dapat sentiasa menggunakan peralatan ini tanpa terganggu masalah kerosakan atau ketidakfungsian. Kami bermisi untuk menjaga peti ais beku komersial anda dengan teliti dan terjadual. Antara servis peti ais beku biasa dijalankan adalah seperti pembersihan bahagian dalam seperti kipas, pemampat, penyejat dan kondenser serta bahagian luar peti ais. Selain itu, paras bahan penyejuk juga akan diperiksa. Servis peti ais beku komersial harus dijalankan setiap dua atau tiga bulan sekali.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Mengapa Pilih AcDingin?
Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang.
Dipercayai
Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti
Harga Berpatutan
Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda
Cekap & Cepat
Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional
Profesional
Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun
FAQ
Adakah kos pembaikian peti sejuk beku komersial merangkumi kos penukaran alat ganti ?
Kos pembaikian adalah berdasarkan jenis kerosakan yang terjadi pada peti sejuk komersial dan tidak merangkumi harga penukaran alat ganti. Kos penukaran alat ganti turut bergantung pada barang dan jenis alat ganti yang diperlukan.
Mengapakah peti sejuk komersial tidak sejuk dan lambat beku? Bagaimana untuk mengetahui masalah?
Terdapat banyak kemungkinan peti sejuk komersial lambat beku. Biasanya ia terjadi apabila fungsi pemampat atau penyahbeku automatik terganggu.
Selepas pembaikian peti sejuk, adakah pelanggan diberi jaminan waranti ?
Jaminan waranti bagi pembaikian akan diberi mengikut jenis kerosakan. Biasanya, waranti adalah selama 1 minggu daripada tarikh pembaikian.
Mengapakah peti sejuk beku komersial perlu diselenggara?
Setiap peti sejuk terutamanya peti sejuk komersial perlu diselenggara untuk mengelakkan kerosakan yang teruk. Kapasiti penggunaan peti sejuk komersial yang digunakan di pasar raya dan restoran adalah tinggi dan sentiasa berfungsi. Oleh itu, pentingnya kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan pada peti sejuk beku komersial untuk sentiasa berfungsi dengan cekap.
Apakah proses atau kerja yang dilakukan semasa servis peti sejuk beku komersial?
Antara proses penyelenggaraan adalah seperti pembersihan dulang takungan air, pemampat, kipas motor dan saluran penyejat. Ini boleh mengelakkan peti sejuk komersial daripada masalah tidak sejuk atau lambat membeku. Selain itu, gas penyejuk juga perlu ditambah semasa kerja penyelenggaran dilakukan.
Berapa kerap penyelenggaraan peti sejuk beku jenis komersial perlu dilakukan?
Servis peti sejuk beku komersial boleh dilakukan secara berkala seperti 3 bulan sekali bagi penggunaan yang rendah atau 2 bulan sekali bagi penggunaan yang kerap.
Testimoni
Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali !
John Lee
Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap !
Mohd Annuar
Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.
Yee Leng
Emel
Hubungi Kami
Waktu Operasi
Isnin - Sabtu 9am-6pm