Peti Ais Hisense Di KL & Selangor
Pasukan kami berdedikasi bagi menyediakan perkhidmatan baiki dan servis peti ais beku komersial jenama Hisense di Kuala Lumpur dan Selangor. Peti ais beku merupakan aset mustahak bagi perniagaan serta pengusahaan berasaskan makanan termasuk restoran, pasar raya, hotel, kedai serbaneka dan lain-lain. Hal ini demikian kerana peti ais beku digunakan untuk menyimpan dan mengekalkan kesegaran bahan makanan. Kami faham bahawa peti ais beku yang bermasalah walaupun dalam masa yang pendek akan menyebabkan kerugian besar bagi perniagaan anda. Oleh itu, anda boleh mendapatkan perkhidmatan baiki dan servis kami yang pantas dengan harga berpatutan. Sila hubungi khidmat pelanggan kami sekarang melalui telefon atau emel.
Baiki
Peti sejuk komersial biasanya mempunyai masalah kekurangan tenaga kuasa yang menyebabkan peti sejuk tidak sejuk. Bagi menyelesaikan masalah ini, ‘power cord’ harus diperiksa dan ditukar jika perlu. Jika masalah masih terjadi, kemungkinan kompresor peti sejuk sudah rosak dan perlu ditukar. Terdapat juga masalah seperti lampu di dalam peti sejuk tidak menyala maka masalah ini dapat dibaiki dengan menukar mentol.
Servis
Servis untuk peti sejuk komersial biasanya adalah sama seperti peti sejuk di rumah. Ia amat penting bagi pengguna peti sejuk komersial untuk memastikan kompresor dan motor bersih daripada debu dan kotoran yang mungkin menyebabkan kebakaran atau kerosakan jika tidak diselenggara. Selain itu, kipas penyepat dan ‘drain lines’ juga harus dicuci jika terdapat ais terkumpul di sekelilingnya.
Baiki & Servis Peti Ais Hisense
Adakah peti ais komersial anda tidak dingin dan tidak dapat membeku? Keadaan ini boleh menyebabkan makanan yang perlu dibeku rosak malah menjejaskan perniagaan makanan anda. Ketidafungsian peti ais beku mungkin disebabkan oleh kerosakan pemeluwap dan thermostat pada peti ais beku tersebut. Selain itu, kerosakan kipas dalam peti ais beku dan kerosakan saluran bahan penyejuk di belakang peti ais beku juga adalah antara sebab peti ais beku tidak dapat berfungsi dengan baik. Juruteknik kami yang mahir dalam membaiki pelbagai model peti ais beku jenama Hisense dapat menyelesaikan apa sahaja masalah yang dialami oleh peti ais beku anda. Pasukan perunding dan juruteknik kami akan sampai ke tapak anda dan memeriksa masalah peti ais beku komersial lalu mengemukakan jenis pembaikian yang diperlukan berserta sebut harga yang berpatutan. Setelah bersetuju, juruteknik kami yang sentiasa dilengkapi peralatan dapat menjalankan kerja pembaikian peti ais beku anda dengan pantas dan efisien supaya operasi perniagaan anda tidak tergendala.
Bagi industri berasaskan makanan, peti ais beku merupakan nadi aset yang mustahak. Hal ini demikian kerana peti ais beku dapat menyimpan dan mengekalkan kesegaran makanan bagi tempoh yang lama, maka pengusaha tidak perlu risau bahawa pembaziran atau kerosakan bahan makanan. Ia turut penting bahawa servis peti ais beku komersial perlu dijalankan seperti terjadual bagi menjamin peti ais beku anda sentiasa berfungsi secara efisien tanpa kerosakan. Pasukan juruteknik bersedia untuk menyediakan servis penyelenggaraan bagi pelbagai model peti ais beku komersial Hisense. Semasa servis peti ais beku komersial, juruteknik kami yang bertauliah akan menjalankan pemeriksaan bahagian-bahagian peti ais dengan teliti untuk mengesan sebarang ketidakbiasaan lalu menyelaraskannya. Selain itu, juruteknik akan membersihkan pemeluwap, gegelung penyejat, kipas serta pemampat peti ais beku. Di samping itu, pemeriksaan paras bahan penyejuk juga perlu dijalankan. Kami menyaran agar servis peti ais beku komersial anda dilakukan secara berskala iaitu sekali setiap enam bulan bagi menjamin peti ais beku berfungsi dengan efisien.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Mengapa Pilih AcDingin?
Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang.
Dipercayai
Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti
Harga Berpatutan
Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda
Cekap & Cepat
Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional
Profesional
Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun
FAQ
Adakah kos pembaikian peti sejuk beku komersial merangkumi kos penukaran alat ganti ?
Kos pembaikian adalah berdasarkan jenis kerosakan yang terjadi pada peti sejuk komersial dan tidak merangkumi harga penukaran alat ganti. Kos penukaran alat ganti turut bergantung pada barang dan jenis alat ganti yang diperlukan.
Mengapakah peti sejuk komersial tidak sejuk dan lambat beku? Bagaimana untuk mengetahui masalah?
Terdapat banyak kemungkinan peti sejuk komersial lambat beku. Biasanya ia terjadi apabila fungsi pemampat atau penyahbeku automatik terganggu.
Selepas pembaikian peti sejuk, adakah pelanggan diberi jaminan waranti ?
Jaminan waranti bagi pembaikian akan diberi mengikut jenis kerosakan. Biasanya, waranti adalah selama 1 minggu daripada tarikh pembaikian.
Mengapakah peti sejuk beku komersial perlu diselenggara?
Setiap peti sejuk terutamanya peti sejuk komersial perlu diselenggara untuk mengelakkan kerosakan yang teruk. Kapasiti penggunaan peti sejuk komersial yang digunakan di pasar raya dan restoran adalah tinggi dan sentiasa berfungsi. Oleh itu, pentingnya kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan pada peti sejuk beku komersial untuk sentiasa berfungsi dengan cekap.
Apakah proses atau kerja yang dilakukan semasa servis peti sejuk beku komersial?
Antara proses penyelenggaraan adalah seperti pembersihan dulang takungan air, pemampat, kipas motor dan saluran penyejat. Ini boleh mengelakkan peti sejuk komersial daripada masalah tidak sejuk atau lambat membeku. Selain itu, gas penyejuk juga perlu ditambah semasa kerja penyelenggaran dilakukan.
Berapa kerap penyelenggaraan peti sejuk beku jenis komersial perlu dilakukan?
Servis peti sejuk beku komersial boleh dilakukan secara berkala seperti 3 bulan sekali bagi penggunaan yang rendah atau 2 bulan sekali bagi penggunaan yang kerap.
Testimoni
Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali !
John Lee
Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap !
Mohd Annuar
Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.
Yee Leng
Emel
Hubungi Kami
Waktu Operasi
Isnin - Sabtu 9am-6pm