Peti Ais Midea Di KL & Selangor

Pasukan kami merupakan pakar bagi baiki dan servis peti ais beku komersial jenama Midea di Kuala Lumpur dan Selangor. Peti ais Midea telah menjadi pilihan utama dalam kalangan pemilik komersial seperti di restoran, dapur hotel, kedai sebarneka dan pasar raya pusat membeli-belah. Kami turut menyedari kepentingan bagi menyediakan perkhidmatan baiki dan servis peti ais agar perniagaan tidak terganggu oleh kerosakan. Juruteknik kami mahir dan berdedikasi dalam baiki dan servis peti ais beku komersial jenama Midea bagi mengekalkan kesegaran bahan makanan sentiasa. Jika peti ais beku anda memerlukan baiki dan servis, sila hubungi pasukan kami sekarang melalui telefon, emel atau WhatsApp.      

    Perkhidmatan ini disediakan oleh NHN Aircond Services (M) Sdn Bhd. YNT Global Projects and Services tidak bertanggungjawab ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh kami. Kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam. Terima kasih kerana menghubungi kami.

Baiki

Peti sejuk komersial biasanya mempunyai masalah kekurangan tenaga kuasa yang menyebabkan peti sejuk tidak sejuk. Bagi menyelesaikan masalah ini, ‘power cord’ harus diperiksa dan ditukar jika perlu. Jika masalah masih terjadi, kemungkinan kompresor peti sejuk sudah rosak dan perlu ditukar. Terdapat juga masalah seperti lampu di dalam peti sejuk tidak menyala maka masalah ini dapat dibaiki dengan menukar mentol.

Servis

Servis untuk peti sejuk komersial biasanya adalah sama seperti peti sejuk di rumah. Ia amat penting bagi pengguna peti sejuk komersial untuk memastikan kompresor dan motor bersih daripada debu dan kotoran yang mungkin menyebabkan kebakaran atau kerosakan jika tidak diselenggara. Selain itu, kipas penyepat dan ‘drain lines’ juga harus dicuci jika terdapat ais terkumpul di sekelilingnya.

Baiki & Servis Peti Ais Midea

Perkhidmatan baiki peti ais komersial adalah sangat penting supaya perniagaan terutamanya industri makanan tidak terganggu oleh ketidakfungsian peti ais. Malah, peti ais beku yang kurang sejuk atau tidak membeku akan menjejaskan kesegaran bahan makanan yang perlu dibeku. Keadaan ini bukan sahaja membawakan pembaziran makanan malah perniagaan turut terjejas. Oleh hal yang demikian, perkhidmatan baiki peti ais beku yang pantas dan efisien seperti pasukan kami amat diperlukan. Beberapa jenis masalah yang mungkin terjadi pada peti ais beku komersial anda termasuk kerosakan pemeluwap atau thermostat, kebocoran saluran penyejuk dan sebagainya. Juruteknik kami yang terlatih dan berpengalaman akan meneliti masalah pada peti ais beku anda lalu mengemukakan pelan baiki yang diperlukan. Sebut harga perkhidmatan serta senarai alat ganti yang perlu ditukar akan ditunjukkan sebelum kerja baiki. Sebaik sahaja pelanggan bersetuju bagi servis baiki, juruteknik kami yang dilengkapi peralatan akan menyelesaikan kerja baiki peti ais beku komersial secara berprofesional dan dalam tempoh masa tersingkat.   

Selain perkhidmatan baiki peti ais beku Midea, pasukan kami juga menyediakan servis penyelenggaraan peti ais beku. Servis peti ais beku amat penting untuk dijalankan secara terjadual bagi memastikan fungsinya sentiasa terjamin. Dengan servis penyelenggaraan, masalah kecil yang terjadi pada peti ais beku anda dapat dikesan lalu diselesaikan tanpa menunggu kerosakan besar terlanda. Antara servis peti ais beku yang kami jalankan termasuk pemeriksaan serta pembersihan pemeluwap dan gegelung penyejat, pemeriksaan paras bahan penyejuk, pembersihan kipas dan pemampat peti ais beku. Servis peti ais beku bagi industri makanan harus dijalankan setiap empat bulan sekali. Bukan sahaja servis peti ais terjadual dapat mengelakkan kerosakan, malah ia dapat terus berfungsi secara efisien bagi mengekalkan kesegaran bahan makanan anda. Juruteknik kami yang berpengalaman kaya dan bertauliah dalam perkhidmatan baiki dan servis peti ais beku Midea dapat memastikan peti ais beku komersial anda boleh membeku dengan baik dan penyimpanan bahan makanan beku tidak lagi menjadi masalah.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Peti Sejuk

FAQ

Adakah kos pembaikian peti sejuk beku komersial merangkumi kos penukaran alat ganti ?

Kos pembaikian adalah berdasarkan jenis kerosakan yang terjadi pada peti sejuk komersial dan tidak merangkumi harga penukaran alat ganti. Kos penukaran alat ganti turut bergantung pada barang dan jenis alat ganti yang diperlukan.

Mengapakah peti sejuk komersial tidak sejuk dan lambat beku? Bagaimana untuk mengetahui masalah?

Terdapat banyak kemungkinan peti sejuk komersial lambat beku. Biasanya ia terjadi apabila fungsi pemampat  atau penyahbeku automatik terganggu.

Selepas pembaikian peti sejuk, adakah pelanggan diberi jaminan waranti ?

Jaminan waranti bagi pembaikian akan diberi mengikut jenis kerosakan. Biasanya, waranti adalah selama 1 minggu daripada tarikh pembaikian.

Mengapakah peti sejuk beku komersial perlu diselenggara?

Setiap peti sejuk terutamanya peti sejuk komersial perlu diselenggara untuk mengelakkan kerosakan yang teruk. Kapasiti penggunaan peti sejuk komersial yang digunakan di pasar raya dan restoran adalah tinggi dan sentiasa berfungsi. Oleh itu, pentingnya kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan pada peti sejuk beku komersial untuk sentiasa berfungsi dengan cekap.

Apakah proses atau kerja yang dilakukan semasa servis peti sejuk beku komersial?

Antara proses penyelenggaraan adalah seperti pembersihan dulang takungan air, pemampat, kipas motor dan saluran penyejat. Ini boleh mengelakkan peti sejuk komersial daripada masalah tidak sejuk atau lambat membeku. Selain itu, gas penyejuk juga perlu ditambah semasa kerja penyelenggaran dilakukan.

Berapa kerap penyelenggaraan peti sejuk beku jenis komersial perlu dilakukan?

Servis peti sejuk beku komersial boleh dilakukan secara berkala seperti 3 bulan sekali bagi penggunaan yang rendah atau 2 bulan sekali bagi penggunaan yang kerap.

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

NHN Aircond Services (M) Sdn Bhd (1460909-V)
253C, Jalan Besar, Kampung Baru Seri Kembangan

43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm

    Perkhidmatan ini disediakan oleh NHN Aircond Services (M) Sdn Bhd. YNT Global Projects and Services tidak bertanggungjawab ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh kami. Kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam. Terima kasih kerana menghubungi kami.