Peti Ais Faber Di KL & Selangor
Adakah anda memilik peti ais beku komersial jenama Faber yang memerlukan baiki dan servis di Kuala Lumpur dan Selangor? Anggota pakar peti ais beku kami dapat memenuhi keperluan anda tersebut. Pasukan kami terdiri daripada pakar juruteknik yang mahir serta berpengalaman dalam membaiki dan menyelenggara peti ais beku jenis komersial sama ada model peti ais beku tegak atau model peti laci jenama Faber. Bukan itu sahaja, harga bagi perkhidmatan dan servis peti ais beku komersial kami amat berpatutan tanpa kos tersembunyi. Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami yang profesional, sila hubungi khidmat pelanggan kami sekarang untuk mendapatkan sebut harga terbaik.
Baiki
Peti sejuk komersial biasanya mempunyai masalah kekurangan tenaga kuasa yang menyebabkan peti sejuk tidak sejuk. Bagi menyelesaikan masalah ini, ‘power cord’ harus diperiksa dan ditukar jika perlu. Jika masalah masih terjadi, kemungkinan kompresor peti sejuk sudah rosak dan perlu ditukar. Terdapat juga masalah seperti lampu di dalam peti sejuk tidak menyala maka masalah ini dapat dibaiki dengan menukar mentol.
Servis
Servis untuk peti sejuk komersial biasanya adalah sama seperti peti sejuk di rumah. Ia amat penting bagi pengguna peti sejuk komersial untuk memastikan kompresor dan motor bersih daripada debu dan kotoran yang mungkin menyebabkan kebakaran atau kerosakan jika tidak diselenggara. Selain itu, kipas penyepat dan ‘drain lines’ juga harus dicuci jika terdapat ais terkumpul di sekelilingnya.
Baiki & Servis Peti Ais Faber
Bagi perkhidmatan baiki peti ais beku komersial jenama Faber kami, pasukan kami akan terlebih dahulu memeriksa peti ais beku yang bermasalah dan mengenalpasti punca masalah. Selepas itu, pelanggan akan diberitahu jenis kerosakan yang terjadi pada peti ais beku dan jenis pembaikian yang diperlukan. Pelanggan juga akan mendapat senarai harga bagi perkhidmatan serta alat ganti yang perlu ditukar jika ada. Ini membolehkan pelanggan membuat perbandingan harga dengan senang. Namun begitu, anda boleh yakin bahawa harga baiki peti ais beku komersial kami adalah paling berpatutan di Kuala Lumpur dan Selangor malah alat ganti yang kami bekalkan turut murah. Di samping itu, juruteknik kami yang terlatih dan bertaliuah dapat membaiki pelbagai jenis masalah peti ais beku komersial anda dengan baik dan pantas. Pembaikian peti ais komersial yang berprofesional membolehkan peti ais beku anda terus berfungsi dengan efisien bagi tahun-tahun yang akan datang. Perkhidmatan kami yang pantas pula mengelakkan perniagaan anda tergendala atau mengalami kerugian.
Selain menawarkan perkhidmatan baiki, pasukan kami juga berdedikasi dalam menjalankan servis peti ais beku komersial. Servis peti ais beku komersial amat penting bagi industri berasaskan makanan bagi mengekalkan fungsi peti ais tersebut malah mengekalkan kesegaran bahan makanan tanpa kerosakan. Antara kerja servis yang lazimnya dijalankan bagi peti ais beku komersial termasuk pembersihan penapis, penyejat, pemampat, kipas dan saluran air untuk membersihkan debu, bakteria dan bau. Selain itu, juruteknik kami akan memeriksa paras bahan penyejuk dan mengisikannya jika berkurangan. Servis peti ais beku komersial secara terjadual sangat mustahak bagi mengelakkan masalah atau kerosakan peti ais beku yang mungkin memakan kos pembelian baharu yang tinggi. Oleh itu, kami menyarankan para pemilik peti ais beku komersial Faber untuk menjalankan servis peti ais setiap dua hingga tiga bulan sekali berdasarkan kapasiti keggunaan anda. Anda boleh mendapatkan pakej harga bagi servis peti ais beku yang menarik dengan mengupahkan perkhidmatan servis peti ais beku kami secara berskala.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Mengapa Pilih AcDingin?
Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang.
Dipercayai
Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti
Harga Berpatutan
Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda
Cekap & Cepat
Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional
Profesional
Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun
FAQ
Adakah kos pembaikian peti sejuk beku komersial merangkumi kos penukaran alat ganti ?
Kos pembaikian adalah berdasarkan jenis kerosakan yang terjadi pada peti sejuk komersial dan tidak merangkumi harga penukaran alat ganti. Kos penukaran alat ganti turut bergantung pada barang dan jenis alat ganti yang diperlukan.
Mengapakah peti sejuk komersial tidak sejuk dan lambat beku? Bagaimana untuk mengetahui masalah?
Terdapat banyak kemungkinan peti sejuk komersial lambat beku. Biasanya ia terjadi apabila fungsi pemampat atau penyahbeku automatik terganggu.
Selepas pembaikian peti sejuk, adakah pelanggan diberi jaminan waranti ?
Jaminan waranti bagi pembaikian akan diberi mengikut jenis kerosakan. Biasanya, waranti adalah selama 1 minggu daripada tarikh pembaikian.
Mengapakah peti sejuk beku komersial perlu diselenggara?
Setiap peti sejuk terutamanya peti sejuk komersial perlu diselenggara untuk mengelakkan kerosakan yang teruk. Kapasiti penggunaan peti sejuk komersial yang digunakan di pasar raya dan restoran adalah tinggi dan sentiasa berfungsi. Oleh itu, pentingnya kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan pada peti sejuk beku komersial untuk sentiasa berfungsi dengan cekap.
Apakah proses atau kerja yang dilakukan semasa servis peti sejuk beku komersial?
Antara proses penyelenggaraan adalah seperti pembersihan dulang takungan air, pemampat, kipas motor dan saluran penyejat. Ini boleh mengelakkan peti sejuk komersial daripada masalah tidak sejuk atau lambat membeku. Selain itu, gas penyejuk juga perlu ditambah semasa kerja penyelenggaran dilakukan.
Berapa kerap penyelenggaraan peti sejuk beku jenis komersial perlu dilakukan?
Servis peti sejuk beku komersial boleh dilakukan secara berkala seperti 3 bulan sekali bagi penggunaan yang rendah atau 2 bulan sekali bagi penggunaan yang kerap.
Testimoni
Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali !
John Lee
Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap !
Mohd Annuar
Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.
Yee Leng
Emel
Hubungi Kami
Waktu Operasi
Isnin - Sabtu 9am-6pm