Peti Ais Samsung Di KL & Selangor

Kami merupakan pusat bagi perkhidmatan baiki dan servis peti ais beku komersial Samsung di Kuala Lumpur dan Selangor. Syarikat kami telah mendapat sambutan hangat serta pengiktirafan kualiti daripada para pengusaha berasaskan makanan. Ini kerana pasukan kami sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan bagi membaiki dan menyelenggara peti ais beku komersial yang merupakan asset penting dalam mengekalkan kesegaran bahan makanan. Perkhidmatan juruteknik kami yang pantas dan terlatih dapat menjamin kelancaran perniagaan anda tanpa tergendala oleh masalah peti ais beku. Jika anda memerlukan maklumat lanjut atau bantuan bagi penjagaan peti ais beku komersial Samsung, sila hubungi khidmat pelanggan kami sekarang menerusi telefon atau emel.

    Perkhidmatan ini disediakan oleh NHN Aircond Services (M) Sdn Bhd. YNT Global Projects and Services tidak bertanggungjawab ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh kami. Kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam. Terima kasih kerana menghubungi kami.

Baiki

Peti sejuk komersial biasanya mempunyai masalah kekurangan tenaga kuasa yang menyebabkan peti sejuk tidak sejuk. Bagi menyelesaikan masalah ini, ‘power cord’ harus diperiksa dan ditukar jika perlu. Jika masalah masih terjadi, kemungkinan kompresor peti sejuk sudah rosak dan perlu ditukar. Terdapat juga masalah seperti lampu di dalam peti sejuk tidak menyala maka masalah ini dapat dibaiki dengan menukar mentol.

Servis

Servis untuk peti sejuk komersial biasanya adalah sama seperti peti sejuk di rumah. Ia amat penting bagi pengguna peti sejuk komersial untuk memastikan kompresor dan motor bersih daripada debu dan kotoran yang mungkin menyebabkan kebakaran atau kerosakan jika tidak diselenggara. Selain itu, kipas penyepat dan ‘drain lines’ juga harus dicuci jika terdapat ais terkumpul di sekelilingnya.

Baiki & Servis Peti Ais Samsung

Dengan perkhidmatan baiki peti ais beku komersial Samsung kami, anda boleh yakin bahawa kerosakan dapat dibaiki dengan cepat oleh juruteknik kami yang berpengalaman. Namun begitu, kos pembaikian lazimnya bergantung pada jenis kerosakan yang terjadi pada peti ais beku komersial anda dan kos penukaran alat ganti akan diberitahu. Kami menawarkan harga baiki peti ais beku yang paling berpatutan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Ini menjadikan kami pilihan utama bagi perkhidmatan baiki peti ais beku komersial dalam kalangan pengusaha dan pemilik peti ais beku komersial di kedai makan, pasar raya, kilang makanan, kedai serbaneka dan lain-lain. Juruteknik akan memeriksa secara teliti punca kerosakan peti ais lalu mengemukakan jenis pembaikian yang diperlukan berserta sebutan harga. Setelah bersetuju, kerja pembaikian akan disiapkan secepat mungkin oleh juruteknik yang sentiasa dilengkapi peralatan baiki. Perkhidmatan baiki peti ais beku komersial kami turut diberi waranti selama seminggu di mana kami akan membaiki sebarang ketidakfungsian yang berlaku selepas kerja baiki disiapkan.

Bukan sahaja kami menawarkan perkhidmatan baiki peti ais beku komersial, kami juga membekalkan servis peti ais beku yang berprofesional dan terjadual. Servis peti ais beku terutamanya bagi kegunaan komersial sangat penting kerana ia berfungsi tanpa berhenti untuk mengekalkan suhu dan kesegaran bahan-bahan makanan. Oleh itu, kami menawarkan pakej servis rutin peti ais beku komersial dengan harga yang menarik dan berbaloi supaya peti ais beku anda dijaga dengan baik dan mengelakkan ketidakfungsian. Antara kerja servis peti ais komersial yang lazimnya dijalankan oleh juruteknik kami ialah pemeriksaan bahagian peti ais beku dan paras bahan penyejuk. Selain itu, juruteknik akan membersihkan penapis, penyejat, pemampat dan kipas peti ais beku tersebut bagi mengelakkan pengumpulan debu dan pembiakan bakteria, malah menjamin bahagian tersebut terus berfungsi dengan lancar. Servis peti ais beku komersial harus dijalankan dua hingga tiga bulan sekali bergantung pada kapasiti penggunaan bagi menjamin fungsi peti ais beku malah risiko kerosakan akan direndahkan.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Peti Sejuk

FAQ

Adakah kos pembaikian peti sejuk beku komersial merangkumi kos penukaran alat ganti ?

Kos pembaikian adalah berdasarkan jenis kerosakan yang terjadi pada peti sejuk komersial dan tidak merangkumi harga penukaran alat ganti. Kos penukaran alat ganti turut bergantung pada barang dan jenis alat ganti yang diperlukan.

Mengapakah peti sejuk komersial tidak sejuk dan lambat beku? Bagaimana untuk mengetahui masalah?

Terdapat banyak kemungkinan peti sejuk komersial lambat beku. Biasanya ia terjadi apabila fungsi pemampat  atau penyahbeku automatik terganggu.

Selepas pembaikian peti sejuk, adakah pelanggan diberi jaminan waranti ?

Jaminan waranti bagi pembaikian akan diberi mengikut jenis kerosakan. Biasanya, waranti adalah selama 1 minggu daripada tarikh pembaikian.

Mengapakah peti sejuk beku komersial perlu diselenggara?

Setiap peti sejuk terutamanya peti sejuk komersial perlu diselenggara untuk mengelakkan kerosakan yang teruk. Kapasiti penggunaan peti sejuk komersial yang digunakan di pasar raya dan restoran adalah tinggi dan sentiasa berfungsi. Oleh itu, pentingnya kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan pada peti sejuk beku komersial untuk sentiasa berfungsi dengan cekap.

Apakah proses atau kerja yang dilakukan semasa servis peti sejuk beku komersial?

Antara proses penyelenggaraan adalah seperti pembersihan dulang takungan air, pemampat, kipas motor dan saluran penyejat. Ini boleh mengelakkan peti sejuk komersial daripada masalah tidak sejuk atau lambat membeku. Selain itu, gas penyejuk juga perlu ditambah semasa kerja penyelenggaran dilakukan.

Berapa kerap penyelenggaraan peti sejuk beku jenis komersial perlu dilakukan?

Servis peti sejuk beku komersial boleh dilakukan secara berkala seperti 3 bulan sekali bagi penggunaan yang rendah atau 2 bulan sekali bagi penggunaan yang kerap.

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

NHN Aircond Services (M) Sdn Bhd (1460909-V)
253C, Jalan Besar, Kampung Baru Seri Kembangan

43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm

    Perkhidmatan ini disediakan oleh NHN Aircond Services (M) Sdn Bhd. YNT Global Projects and Services tidak bertanggungjawab ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh kami. Kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam. Terima kasih kerana menghubungi kami.